Andres Iniesta tolak tawaran kelab MLS dan kelab Argentina

Lagenda pasukan kebangsaan Sepanyol, Andres Iniesta dikhabarkan menolak tawaran daripada kelab Major League Soccer (MLS) serta kelab Argentina untuk kekal bersama Vissel Kobe pada saingan musim 2020.

Iniesta menolak tawaran daripada kelab yang dimiliki oleh bintang England, David Beckham iaitu Inter Miami serta kelab yang diuruskan oleh bekas pemain tengah Manchester United, Juan Sebastian Veron iaitu Estudiantes.

Sumber Gambar: The Sun

 

Menurut laporan, pemain berusia 35 tahun itu mahu kekal bersama Vissel Kobe sehingga kontrak beliau tamat iaitu pada penghujung tahun 2021. Baru-baru ini, Iniesta membantu Vissel menjuarai Emperor’s Cup dengan menewaskan Kashima Antlers di pentas akhir.

Meskipun bekas pemain Barcelona itu menolak tawaran yang diberikan oleh Estudiantes, Presiden kelab, Juan Veron optimis beliau boleh meyakinkan Iniesta untuk menukar fikiran sekaligus menyertai beliau.

Andres Iniesta

 

Veron dilihat bakal menggunakan Javier Mascherano sebagai sen jata untuk meyakinkan Iniesta dimana bekas rakan sepasukan ketika di Barcelona itu menyertai Estudiantes daripada kelab Liga Super China, Hebei China Fortune.

Andres Iniesta mula beraksi bersama Vissel Kobe pada musim 2018 setelah 18 tahun beraksi bersama gergasi La Liga Sepanyol itu.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*