CRISTIANO Ronaldo merupakan antara atlet terkaya di dunia, yang bermakna dia mampu untuk membeli jam tangan mewah Rolex yang paling mahal.
Menurut Forbes, bintang bolasepak kelahiran Portugal itu merupakan atlet yang kedua menerima bayaran paling tinggi dunia pada tahun lalu, dengan pendapatan dianggarkan AS$800 juta (RM3.29 bilion).
Pemain Juventus itu dilihat memakai jam tangan jenama Rolex ketika menaiki penerbangan ke Timur Tengah untuk Anugerah BolaSepak Globe.
Jam tangan Rolex GMT Master Ice itu bernilai £371,000 (RM2 juta), yang merupakan jam tangan yang paling bernilai pernah dihasilkan oleh syarikat berprestij itu.
Jam tangan milik Ronaldo itu diperbuat daripada emas putih 18 karat dan diliputi berlian.
Pemain berusia 34 tahun itu dinobatkan sebagai pemain terbaik di Anugerah Bola Sepak Globe di Dubai.
Ia merupakan anugerah yang diterimanya sebanyak sembilan kali.
Ronaldo menjaringkan 28 gol dalam 43 penampilannya untuk Juventus pada musim 2018/2019, dengan 15 gol bagi 22 perlawnan setakat musim ini.
Apa Pendapat Anda? Dah Ba ca, Jangan Lupa K0men Dan Sha re Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya
Jom Li ke Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya
Sumber : Daily Star via Mstar
Leave a Reply