TMJ minta Damian Yeo tidak banyak cakap dan selesaikan sahaja hutang

Tindakan kurang matang Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) Damien Yeo Shen Li memberi amaaran kepada Shukor Adan di laman facebook peribadinya, dike cam hebat penyokong bolasepak tempatan dan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penyokong Melaka United sendiri.

Malah, ia turut mendapat perhatian bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik Johor Darul Takzim yang terpanggil untuk memberikan teguran kepada Damian Yeo.

Tunku Ismail dalam Instastory baginda, memuatnaik gambar menunjukkan isyarat tutup mulut merujuk kepada kenyataan Damian Yeo yang berbunyi, “Shukor Adan, jika awak bermain dengan api maka saya akan membalasnya dengan api” seterusnya menambah kapsyen “Shhh, bertenang dan selesaikan sahaja bayaran Shukor Adan.”

Damian Yeo dipercayai memberi ama ran sedemikian kerana tidak berpu as hati dengan Shukor Adan membawa 1su tunggakan gaji ke pengetahuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Malah dalam satu tangkap layar (screen-shot) perbualan whatsapp yang tu lar di media sosial, Damian Yeo menyatakan, “Jangan u gut persatuan, dia belum tahu siapa saya lagi. Saya akan bayar (tunggakan) semua pemain, dan dia (Shukor) punya aku ba kar duit dia.”

Shukor Adan yang merupakan kapten pasukan Melaka United 2019 membuat keputusan menyerahkan afidavit tuntutan hak gaji dan bonus bagi musim 2019 kepada FAM melalui Persatuan Pemain Professional Malaysia (PFAM) berikutan MUSA tidak melunaskan bayaran tunggakan dalam tempoh ditetapkan, malah sekadar memberi alasan demi alasan.

Foto : IG Tunku Mahkota Ismail

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*