Juara Liga Kemboja tewaskan Selangor 4-0

Perlawnan pra-musim bagi pasukan juara liga Kemboja 2019, Preah Khan Reach Svay Rieng FC bermula dengan cukup cemerlang apabila menumpaskan pasukan Selangor 4 gol tanpa balas.

Semua gol bagi pasukan Preah Khan Reach Svay Rieng dijaringkan oleh Privat pada minit ke 10, Mony Udorn minit ke 13, Krya minit ke 32 dan Phalin pada minit ke 42.

Kelab bolasepak yang berpangkalan di Svay Rieng berdekatan sempadan Kemboja dan Vietnam (Ho Chi Minh) itu tiba di Kuala Lumpur semalam dalam rangka perlawnan pra-musim bertemu 3 pasukan liga Malaysia iaitu Selangor, Felda United dan juga pasukan Terengganu FC.

Namun, tidak dapat dipastikan skuad Selangor yang mana terlibat dengan perlawnan semalam, kerana tiada butiran lanjut diberikan. Tetapi berdasarkan gambar dibawah, beberapa pemain utama pasukan Selangor ada di Stadium Selayang.

Dalam musim 2019 yang lalu, pasukan ini berjaya muncul juara saingan Metfone Cambodian League, selepas berjaya mengatasi pasukan Visakha FC seterusnya layak ke saingan play-off kejohanan AFC Cup 2020.

αž–αž½αž€αž™αžΎαž„αž“αžΉαž„αž’αŸ’αžœαžΎαžŠαŸ†αžŽαžΎαžšαž‘αžΆαž“αŸ‹αž€αžΆαž“αŸ‹αž”αŸ’αžšαž‘αŸαžŸαž˜αŸ‰αžΆαž‘αŸαžŸαž»αžΈαž“αŸ…αžŸαž”αŸ’αžŠαžΆαž αŸαž€αŸ’αžšαŸ„αž™αž“αŸαŸ‡αž αžΎαž™αžŠαžΎαž˜αŸ’αž”αžΈαž’αŸ’αžœαžΎαž€αžΆαžšαžαŸ’αžšαŸ€αž˜αžαŸ’αž›αž½αž“αžŸαž˜αŸ’αžšαžΆαž”αŸ‹αžšαžŠαžΌαžœαž€αžΆαž› αŸ’αŸ αŸ’αŸ αžαžΆαž„αž˜αž»αžαž“αŸαŸ‡,…

Posted by Preah Khan Reach Svay Rieng FC on Wednesday, January 8, 2020

 

Perlawnan seterusnya adalah bertemu pasukan Felda United yang akan berlangsung pada 11 Januari 2020 di padang USIM, Nilai dan perlawnan terakhir bertemu Terengganu FC di UM Arena pada 13 Januari 2020.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*