Melaka terpaksa lupakan hasrat dapatkan bekas pemain Everton kerana Shukor Adan

Nampaknya tindakan Shukor Adan menghantar afidavit tuntutan tunggakan gaji daripada Melaka United telah merencat persiapan pasukan tersebut.

Selepas dikecewakan oleh Deshorn Brown, mereka sekali lagi dikecewakan oleh pemain import apabila Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) terpaksa melupakan hasrat untuk mendapatkan khidmat bekas penye rang Everton, West Brom dan Sunderland, Victor Anichebe.

“Mesti lari, saya tidak akan bagitahu siapa, tetapi antaranya ialah bekas pemain Everton, Victor Anichebe yang sedang kita runding.

“Walaupun agak mahal, terus terang saya cakap ia berada dalam belanjawan MUSA, kerana kita tidak mengambil pemain import kelima, jadi belanjawannya dapat kita tumpukan terhadapnya.

“Sekarang, MUSA terpaksa mendapatkan pemain import lain,” kata Presiden MUSA, Damien Yeo Shen Li seperti dilaporkan MelakaKini.

Damien dalam laporan tersebut juga menyatakan bahawa tindakan Shukor Adan itu juga akan menyebabkan mereka terpaksa melambatkan pembayaran gaji kepada bekas ketua pasukan Melaka United itu.

“Memang dia ada hak, saya tidak nafikan, tetapi ia akan melambatkan pembayaran gaji kepadanya.

“Kita mungkin akan bayar habis tunggakan musim 2019 pada 15 Januari depan atau sekurangnya-kurangnya sebelum Februari 2019.

“Tetapi, bila dia telah failkan afidavit, saya kena jawab dalam tempoh 14 hari dan dia pula kena melakukan perkara sama kemudian yang saya jangkakan akan berpanjangan hingga saingan Liga Perdana 2020 tamat.

“Cara mudah adalah dia tarik semula kes dan mohon maaf kepada persatuan, sebab itu saya cakap jika dia mahu bermain dengan api, saya akan berikan dia api (Shukor Adan, if you are playing with fire than I shall give you fire),” jelasnya.

 

Kredit foto: Everton

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*