SCG Muangthong United ‘reject’ tawaran Shimizu S Pulse untuk pinjam Teerasil Dangda

Sporting Director kelab SCG Muangthong United, Ronnarit Suewaja mengesahkan bahawa mereka telah menolak tawaran yang dikemukakan oleh kelab J1 League, Shimizu S Pulse untuk membawa Teerasil Dangda ke Jepun musim ini.

Kelab Jepun yang berpangkalan di Shizuoka itu sebelum ini dilaporkan membuat tawaran rasmi bernilai RM3 juta bagi mengikat penye rang legenda Muangthong United itu secara kontrak pinjaman selama 1 musim.

Dengan pengesahan dari pihak pengurusan tertinggi kelab SCG Muangthong United itu, Teerasil Dangda akan kekal mengetuai barisan sera ngan mereka dalam aksi Toyota Thai League 2020 walaupun terpaksa berdepan pelbagai masalah terutamanya faktor kewangan serta kehilangan pemain-pemain utama mereka musim 2019.

Sebagai rekod, pada musim 2018 Teerasil Dangda telah beraksi secara pinjaman bersama kelab Sanfrecce Hiroshima dan beliau berjaya turun dalam 32 perlawnan, menjaringkan 6 gol dan merekodkan 1,578 minit masa bermain.

Ketika ini, 2 bekas pemain kelab SCG Muangthong United berjaya mengikat kontrak penuh bersama kelab J1 League iaitu Chanathip Songkrasin (Hokkaido Consadole Sapporo) dan Theerathon Bunmathan (Yokohama F Marinos).

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*