Faris Ramli terharu sambutan ‘luar biasa’ penyokong TFC

Pemain kebangsaan Singapura, Faris Ramli terharu dengan sambutan yang diberikan oleh penyokong-penyokong Terengganu Football Club (TFC) dan menganggap ianya berbeza sama sekali berbanding ketika dia bersama kelab lamanya.

Menurut pemain berusia 27 tahun itu, para penyokong mula mengikuti di laman sosial dan memberikan sokongan kepadanya sejak dia diumumkan secara rasmi sebagai pemain TFC, awal november lalu.

“Alhamdulillah, semua penyokong TFC sangat terbaik, sebelum ini saya bersama PKNS dan Hougang United, tetapi fans TFC ini sangat luar biasa.

“Selepas saya menyertai TFC, ramai penyokong yang selalu menghantar mesej kepada saya di Instagram dan tak sabar melihat saya beraksi,” katanya seperti dipetik daripada Teganukita.net.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

To be nominated alongside two very talented players, I am deeply honored and humbled to be chosen to receive this award last night. The feeling was indescribable. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Firstly, I would like to thank my family, in laws and friends for always having my back and keeping me in their prayers. Thank you, @hougang_hools for turning up at every matches and cheering for us throughout the game, no matter what the outcome is. Thank you, @hougangunited for trusting and giving me the chance to be a part of the team this year. Special shoutout to my teammates, I will cherish all the good and bad memories of 2019 season. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ To my late big brother, arwah abang mami, this is for you. From not knowing how to kick a ball to mastering the technique of curling and juggling. I hope I have made you proud. 🙏🏽 ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Lastly, to my wife, thank you for taking care of me and our son. It’s a tough year for the both of us and I am thankful for all the sacrifices you have made for me and Na’el. Your sacrifices truly is a motivation for me to work even harder and achieve greater heights. In Shaa Allah. 🙏🏽 ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Congratulations to all winners. We couldn’t have done it without our team’s effort. What a season it had been for all the clubs in the AIA Singapore Premier League 2019. Until we meet again next time. 🙌🏽 ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ #AIASingaporePremierLeaguePlayerofTheYear2019

A post shared by fr (@farisramli) on

Justeru Faris yang merupakan penerima Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Singapura 2019 menanam tekad untuk membalas kepercayaan yang diberikan barisan pengurusan, kejurulatihan dan para penyokong untuk membantu TFC mencapai sasaran untuk merangkul sekurang-kurangnya satu piala pada musim ini.

“Saya sangat bahagia di sini, jadi apa yang harapkan kepada mereka adalah terus menyokong TFC dan saya akan buat yang terbaik buat TFC.

“Sebagaimana harapan Ketua Jurulatih, Nafuzi Zain yang mahu satu piala pada musim ini, insya-Allah kami akan usahakan,” tambahnya.

Selain daripada sambutan yang menakjubkan daripada para penyokong, pemain yang sering mengisi posisi penye rang sisi atau sayap ini turut tidak sabar untuk bergandingan bersama kapten, Lee Tuck dan Sanjar Shaakhmedov.

“Mereka adalah pemain utama dan arkitek TFC yang saya sangat tidak sabar untuk bermain bersama,” ujarnya yang menandatangani kontrak selama semusim bersama TFC.

Foto: Terengganu Football Club

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*