Hatrik Kpah Sherman ‘bungkus’ Boeung Ket FC

Skuad Kedah FA berjaya menumbangkan pasukan tempat ke-4 Liga Kemboja, Boeung Ket FC dengan jaringan 4-1 dalam perlawnan pra-musim yang baru sahaja tamat sebentar tadi.

Penyerng dari Liberia yang baru sahaja menyertai pasukan Kedah FA, Kpah Sherman berjaya melakukan hatrik pertama beliau bersama pasukan Kedah apabila berjaya menjaringkan 3 gol pertama skuad kendalian Aidil Sharin.

Gol tunggal pasukan Boeung Ket FC pula dijaringkan pada minit ke 70 melalui sepa kan bebas yang diberikan oleh pengadil, sebelum Zaquan Adha menjaringkan gol ke-4 Kedah.

Dengan kemenangan ini juga bakal memberikan satu tonik serta motivasi kepada pemain-pemain pasukan Kedah FA yang akan turun bertemu pasukan Tai Po FC dari Hong Kong dalam pusingan 2 kelayakan Play-Off AFC Champions League 2020 di Alor Setar pada 21 Januari nanti.

Pengalaman serta latihan termasuk 5 perlawnan pra-musim di Kemboja bakal menjadi medan utama pengendali pasukan Kedah FA, Aidil Sharin untuk memperkemaskan pasukan itu sebelum aksi di Alor Setar dimana Kedah berpelaung untuk layak ke pusingan play-off bertemu FC Seoul dari Korea Selatan.

Berbaki 2 lagi perlawnan, bertemu Angkor Tiger dan juga Phnom Penh Crown FC, Kedah pastinya mahu mampamerkan aksi terpuji sebelum kembali ke Malaysia pada 15 Januari 2020.

Namun, rata-rata penyokong pasukan Kedah agak gusar dengan prestasi yang ditunjukkan walaupun mencatatkan kemenangan, kerana ramai juga beranggapan pasukan-pasukan dari Kemboja bukan berada ‘sekelas’ dengan mereka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*