MFL akan umumkan penaja dan penyiar rasmi sebelum musim 2020 bermula

Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan pihaknya akan mengumumkan penaja serta penyiar rasmi Liga Malaysia sebelum saingan musim 2020 membuka tirai.

Datuk Hamidin berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Liga Malaysia 2020 dan beliau menyatakan proses untuk mendapatkan penaja serta penyiar rasmi kini berada di fasa akhir.

“Saya tidak boleh membuat sebarang pengumuman sementara ini kerana proses mendapatkan penyiar rasmi kini berada di fasa akhir. Paling lewat kita akan membuat pengumuman pada Februari ataupun sebelum musim 2020 bermula.

SIARAN LANGSUNG PELANCARAN LIGA MALAYSIA 2020

Siaran langsung Majlis Pelancaran Liga Malaysia 2020 yang berlangsung di Hotel Acappella, Shah Alam.#MFL

Posted by Malaysian Football League on Wednesday, January 15, 2020

“Hasrat saya dan juga MFL kami mahukan Liga Malaysia ditayangkan di semua platform dan lebih banyak perlawnan akan dipertontonkan di seluruh pelusuk negara,” kata Datuk Hamidin.

Datuk Hamidin turut memberi jawapan sama ketika diajukan soalan mengenai penaja utama saingan Liga Malaysia musim 2020.

Datuk Hamidin Mohd Amin

 

“Sama seperti hal penyiar, kami akan mengumumkan penaja rasmi Liga Malaysia sebelum saingan musim 2020 bermula. MFL bekerja keras bagi memastikan Liga kita mendapat yang terbaik untuk tahun ini dan juga masa akan datang,” tambahnya.

1su penaja menjadi bualan ramai dalam saingan Liga Malaysia musim 2019 dimana MFL menamatkan kontrak penajaan bersama Telekom Malaysia (TM).

Perkara ini sekaligus memberi kesan dimana pasukan Liga Super dan Liga Perdana hanya menerima separuh daripada hak penyiaran musim 2019.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*