Sifat pemurah Frederic Kanoute lengkapkan kariernya dengan penuh bermakna

Andai menyebut nama Frederic Oumar Kanoute, bukan sahaja penyudah berkualiti di hadapan pintu gol lawn yang bermain di minda para peminat bolasepak dunia tetapi ada perkara yang turut mencvri tumpuan.

Bekas pemain skuad kebangsaan Mali itu juga turut terkenal dengan kerja- kerja kebajikan yang dilakukannya dalam membantu perkembangan aga.ma Is1am di Sepanyol dan juga golongan yang kurang bernasib baik.

Kanoute, 42 tahun pernah beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris selama tujuh musim apabila menyarung jersi West Ham United bermula musim 1999/00 hingga 2002/03 dan kemudiannya dipancing Tottenham Hotspur.

Memasuki musim 2005/06, Kanoute membuat keputusan berkelana ke Sepanyol untuk bersama Sevilla yang menyaksikan penghijrahan tersebut menyerlahkan kehebatannya sebagai seorang penye.rang.

Selama tujuh musim, Kanoute berjaya menjaringkan 136 gol dalam semua pertandingan serta meraih enam kejuaraan termasuk menjuarai Liga Europa bagi dua musim berturut-turut serta menjaringkan bersama Los Nervionenses.

Kanoute bersara pada penghujung musim 2012/13 ketika bersama Beijing Guoan.

Sifat luar padang yang terpuji

Selain daripada karier yang boleh dikatakan gemilang terutamanya ketika bersama Sevilla, Kanoute turut dilabel sebagai antara pemain yang pemurah dan aktif dalam kerja kebajikan termasuklah perkara berkaitan dengan aga.ma Is.lam.

Beliau pernah mengeluarkan bajet sendiri sehingga $700,000 pada tahun 2007 untuk membeli tanah yang mempunyai sebuah su.rau sementara. Tuan tanah tersebut pada mulanya mahu menutup su.rau itu dan menyewakan kepada orang lain.

Tindakan Kanoute itu nyata berjaya membantu dalam menyelamatkan komuniti Is.lam di sana untuk terus beriba.dah di su.rau tersebut.

Meskipun sudah lama meninggalkan Sevilla, Kanoute kembali semula pada tahun lalu dan bekerjasama dengan Seville Mosque Foundation dalam usaha meraih dana bagi membina mas.jid pertama di Seville sejak 700 tahun itu.

Cadangan pembinaan mas.jid itu dikatakan dilengkapi dengan bangunan tiga tingkat serta sebuah tempat letak kenderaan bawah tanah di kawasan tersebut.

Sakina Children’s Village di Mali

Walaupun lahir di Perancis, Kanoute merupakan seorang yang tidak pernah melupakan asal-usulnya kerana beliau turut membantu anak-anak yatim di negara kelahiran bapanya, Mali.

Ia dibuktikan dengan kewujudan Sakina Children’s Village atas inisiatif Kanoute di mana perkampungan tersebut mengumpulkan anak-anak yang berada dalam serba kekurangan.

Bukan sahaja mewujudkan petempatan, malahan Kanoute turut menyediakan sokongan, penjagaan rapi serta pendidikan kepada mereka. Sakina dilengkapi dengan penginapan dengan kehadiran ibu angkat, tadika, sekolah rendah dan menengah, program latihan kemahiran dan pusat kesihatan.

Dalam pada itu, terdapat juga beberapa program seperti pertanian, penternakan dan perdagangan dalam membantu penduduk. Lebih menarik, sekolah dan pusat kesihatan turut boleh diakses oleh kepada masyarakat setempat.

Kanoute turut mengakui sekiranya akan ke Mali atas urusan kerja, beliau akan cuba untuk ke Sakina bagi melawat ‘anak-anaknya’ itu.

Setiap pemain bolasepak profesional pasti mencoretkan kisah hidup berbeza, namun apa yang dilakukan Kanoute sememangnya wajar dipuji dan merupakan amalan yang begitu mulia sekaligus melengkapkan karier cukup bermakna buatnya.

Kredit Foto: Halil Sagirkaya/Anadolu Agency/Getty Images

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyabola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*