Jersi ketiga Kedah ‘licin’ sekelip mata

JUALAN jersi ketiga Kedah bercorak petak yang dimulakan semalam dengan warna identiti skuad Lang Merah mendapat sambutan luar biasa oleh penyokong Kedah di gerai jualan di perkarangan Astaka Utama Stadium Darul Aman.

Penjualan beberapa saiz pilihan digerai jualan oleh pihak Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) ‘licin’ dalam tempoh dua jam sejak ia dijual.

“Pihak KFA dan Lotto merakamkan penghargaan buat semua penyokong Kedah yang tidak melepaskan peluang mendapatkan jersi ketiga di perkarangan Astaka Utama Stadium Darul Aman.

“Dikhabarkan juga stok di outlet berhampiran turut kehabisan stok. Semua stok habis dijual dan Lotto akan mendapatkan stok semula bagi dijual pada hari perlawnan esok,” kata KFA di media sosial rasmi mereka.

Sementara itu laman facebook salah satu kelab penyokong juga memaklumkan jersi ketiga ‘licin’ dalam tempoh 10 minit di pusat jualan berasingan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*