Sen jata FC Seoul hadapi Kedah

Kelab Liga Korea, FC Seoul akan melayani kunjungan pemenang Piala FA 2019, Kedah dalam perlawnan pusingan play-off saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020 di Stadium Piala Dunia Seoul malam ini.

Pasukan yang menduduki tangga ketiga dalam saingan K-League musim 2019 itu dilihat bakal menurunkan pemain terbaik bagi memastikan mereka mara ke peringkat kumpulan dan pemain yang pernah beraksi di Eropah, Park Chu-young akan mengetuai jentera sera ngan pasukan kendalian Choi Yong-soo itu.

Park Chu-young ketika bersama Arsenal. Sumber Gambar: Pinterest

 

Park Chu-young merupakan antara pemain terbaik Korea Selatan dimana beliau pernah beraksi di Perancis, England dan juga Sepanyol. Chu-young memulakan karier di Eropah apabila beliau beraksi bersama AS Monaco selama tiga musim. Beliau kemudiannya menyertai Arsenal pada musim 2011-2012.

Namun, perjalanan pemain berusia 34 tahun itu bersama Arsenal tidak berjalan seperti yang diharapkan apabila beliau jarang beraksi dan kemudiannya dipinjamkan ke Celta Vigo di saingan La Liga serta Watford.

Pada musim 2014, Chu-young memutuskan untuk kembali ke Asia dimana beliau menyertai kelab Arab Saudi, Al-Shabab sebelum kembali ke pangkuan FC Seoul pada 2015.

Sumber Gambar: FC Seoul

 

Dalam saingan K-League musim lalu, Chu-young menyumbang 7 assist sekaligus membantu kelabnya menamatkan saingan liga di tangga ketiga dan layak untuk beraksi dalam pusingan play-off Liga Juara-Juara Asia 2020.

Ketua jurulatih pasukan Kedah, Aidil Sharin turut menasihati pemainnya agar memberikan perhatian khusus kepada Chu-young dimana beliau menganggap pemain itu merupakan pemain kunci bagi pasukan lawn.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*