Akhirnya Bruno Fernandes bakal jadi milik United

Manchester United hampir mengesahkan perjanjian menandatangani Bruno Fernandes dengan bayaran yuran sebanyak £46.5 juta dan tambahan sebanyak £21.1.

Difahamkan £13 juta bayaran tambahan tersebut adalah untuk jumlah penampilan domestik dan Champions League. Baki £8 juta lagi akan dibayar jika Fernandes mendapat apa-apa pencapaian peribadi.

Walaupun bekas pemain tengah Sporting Lisbon itu masih belum menandatangani terma peribadi dengan United, media UK percaya ia hanya satu formaliti dan bakal dilakukan dalam masa terdekat. Fernandes dijangka akan menandatangani kontrak selama 4 tahun setengah dengan pilihan lanjutan selama setahun.

Pendirian tegas United untuk tidak membayar £72 juta seperti yang diminta Sporting ternyata berjaya apabila kelab Portugal itu akhirnya mempersetujui harga yang ditawarkan mereka.

Jika pemain tengah 25 tahun itu menandatangani kontrak dengan United, ia akan menjadi svntikan t0nik buat skuad Ole Gunnar Solksjaer. Pengurus United itu memerlukan pemain tengah berikutan kece deraan jangka masa panjang Scott McTominay dan Paul Pogba. Pogba bagaimanapun dijadualkan bakal menyertai latihan hujung Januari nanti.

Bruno Fernandes yang juga pemain tetap skuad kebangsaan Portugal, boleh beroperasi di beberapa posisi di tengah terutamanya posisi no.8 dan no.10. Pada musim ini, beliau sudah menjaringkan 14 gol daripada 28 penampilan kelab dan antarabangsa.

Dari segi gaya permainan, Fernandes merupakan pemain tengah yang mempunyai kualiti teknikal yang tinggi. Seringkali pemain yang berteknikal agak malas untuk turun bertahan. Tetapi tidak dalam kes Fernandes. Di Portugal, beliau terkenal kerana rajin membantu pasukan ketika hilang bola dan mempunyai stamina dan semangat yang tinggi.

Kualiti ini pastinya dapat membantu United yang dilihat terlalu bergantung kepada pemain muda pada musim ini.

United yang teruk dikr1tik pada musim ini masih tidak terlalu tervk prestasinya. Mereka hanya enam mata di belakang Chelsea yang menduduki tangga ke-4 liga, kini di pusingan ke-5 FA Cup dan pusingan ke-32 UEFA Europa League.

Esok pagi, United akan menunjungi Etihad Stadium untuk menen tang Manchester City dalam perlawnan timbal balik separuh akhir Carabao Cup. City mendahului secara agregat 3-1.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyabola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*