JDT dan Chiangrai United wakil Asean dalam saingan AFC Champions League 2020

Asia Tenggara bakal diwakili oleh dua pasukan dalam saingan AFC Champions League (ACL) selepas Buriram United, Kedah dan Ceres-Negros masing-masing gagal untuk melepasi pusingan play-off yang berlangsung pada semalam.

Juara Liga Super Malaysia musim 2019, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juara Thai League 1, Chiangrai United menjadi dua pasukan dari rantau Asia Tenggara yang akan beraksi dalam saingan tertinggi itu selepas melayakkan diri secara automatik.

Buriram United nyata gagal untuk memberikan cabaran kepada kelab serba kaya dari saingan Chinese Super League (CSL), Shanghai SPIG dimana naib juara Thai League 1 itu tewas dengan keputusan 3-0. Dua pemain yang pernah beraksi di Eropah, Hulk dan Marko Arnautovic masing-masing menyumbang jaringan untuk Shanghai.

Juara Liga Filipina, Ceres pula tunduk kepada naib juara J1 League, FC Tokyo dengan keputusan 2-0 dalam perlawnan yang berlangsung di atas permukaan padang yang basah di Stadium Tokyo.

Satu lagi pasukan iaitu Kedah tidak bermaya apabila tewas kepada FC Seoul dengan keputusan 4-1. Pemain pertahanan Kedah, Renan Alves turut dilayangkan kad merah pada perlawnan semalam.

Chiangrai diletakkan dalam kumpulan E bersama Beijing FC, Melbourne Victory dan FC Seoul manakala JDT pula diletakkan dalam kumpulan G bersama Vissel Kobe, Suwon Samsung Bluewings dan Guangzhou Evegrande.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*