Persiapan pra musim JDT berada di kelas yang berbeza

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’azim (JDT) ternyata berada dalam kelas berbeza berbanding pasukan lain dalam persiapan pra musim menjelang se pak mula Liga Super 2020.

Ketika kebanyakan pasukan Liga Malaysia mengadakan pra musim di Malaysia atau di negara Asia Tenggara, JDT memilih Dubai sebagai lokasi persiapan pra musim mereka. Persis kelab-kelab di Eropah ketika cuti musim sejuk, JDT benar-benar telah meletakkan tanda aras yang cukup tinggi kepada pasukan-pasukan Liga Malaysia.

Bukan setakat itu, mereka juga mengadakan perlawnan pra musim menentng pasukan-pasukan luar negara termasuk menentng skuad kebangsaan Turkmenistan yang berada di ranking ke-129 FIFA dan juara tujuh kali Liga Slovakia, MSK Zilina.

Daripada empat perlawnan pra musim, JDT mencatatkan tiga kemenangan. Tewas dalam perlawnan pertama 2-0 kepada kelab Latvia, FC Riga, Harimau Selatan bangkit untuk menundukkan tiga lawn mereka yang seterusnya. Mereka menewaskan kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dibba Al-Fujairah 1-0, kemudian menundukkan pasukan kebangsaan Turkmenistan 2-1 sebelum mencatat kemenangan ke atas MSK Zilina dari Slovakia dengan keputusan 2-1. Mereka selepas ini akan beraksi menentng satu lagi kelab UAE, Emirates FC pada hari ini. Kesemua perlawnan berlangsung di Dubai.

Melihat kepada persiapan dan pasukan yang menjadi lawn JDT pada pra musim ini, ternyata mereka nampak lebih dari bersedia untuk mempertahan takhta Liga Super. Bukan itu sahaja, dapat dilihat juga persiapan mereka kali ini juga adalah bagi memperkuat cabaran mereka dalam aksi Liga Juara-Juara Asia. JDT boleh sahaja mengadakan persiapan di tempat sendiri atau negara-negara Asia Tenggara, tetapi lawn yang akan mereka hadapi di ACL berada di taraf yang tinggi jadi mereka juga perlu membuat persiapan bertaraf tinggi.

Setakat ini, JDT nampak lebih bersedia untuk beraksi di Liga Juara-Juara Asia berbanding musim pertama mereka tahun lalu. Pasukan lain di ACL juga nampaknya perlu memberi perhatian kepada JDT kerana tahun ini Harimau Selatan pastinya mahu mengaum lebih kuat di pentas Asia.

 

Kredit foto: Johor Southern Tigers

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*