JDT tewaskan juara tujuh kali Liga Slovakia, MSK Zilina

Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak kemenangan dalam jelajah pra musim mereka di Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila menewaskan juara 7 kali Liga Slovakia, MSK Zilina dengan keputusan 2-1.

Gonzalo Cabrera menjadi wira JDT apabila menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua sekaligus memberikan kemenangan kedua bagi skuad kendalian Benjamin Mora itu.

Cabrera membuka tirai jaringan seawal minit ke-2 sebelum menjaringkan gol kedua pada minit ke-19.

Zilina cuba bangkit untuk mencari gol penyamaan dan mereka berjaya menjaringkan gol pada minit ke-39 menerusi percubaan pemain tengah Vahan Bichakhchyan. Separuh masa pertama tamat dengan JDT berada di hadapan.

Memasuki separuh masa kedua, skuad Harimau Selatan itu berjaya mengekang segala asakan pasukan lawn sekaligus meraih kemenangan kedua selepas menewaskan Dibba Al-Fujairah minggu lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*