Keisuke Honda sah sertai Kelab Liga Brazil, Botafogo

Bekas pemain skuad kebangsaan Jepun, Keisuke Honda mencipta sejarah sebagai pemain pertama yang beraksi dalam saingan Liga Brazil apabila beliau sah menyertai Botafogo.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Botafogo menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi kelab dimana pemain yang turut menggalas tugas sebagai pengendali skuad kebangsaan Kemboja itu menandatangani kontrak selama enam bulan.

Botafogo dikhabarkan bersetuju dengan syarat yang diajukan oleh Honda dimana pemain itu meminta kereta berperisai sepanjang berada di Rio De Janeiro memandangkan Rio merupakan salah satu kota yang berba haya di dunia.

Rio mempunyai catatan burvk dimana purata kemat1an berada pada paras ba haya dimana menurut catatan semasa, secara purata 39 orang mavt untuk setiap 100 ribu penduduk.

Honda bergelar ejen bebas setelah beliau berpisah dengan kelab Eredivisie, Vitesse Arnhem hanya selepas empat setengah bulan menyertai kelab tersebut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*