Melaka United kalah kepada Persib Bandung

Skuad Melaka United mencatat kekalahan pertama dalam jelajah pra musim di Indonesia apabila tewas 1-3 kepada kelab Liga 1, Persib Bandung di Stadium Si Jalak Harupat petang semalam.

Persib Bandung yang dikendalikan oleh bekas jurulatih Sarawak, Robert Alberts kali ini menurunkan barisan terkuat mereka berbanding ketika beraksi dalam kejohanan Asia Challenge Cup di Stadium Shah Alam.

Pemain import, Persib Bandung, Geofrey Castilion menjadi dur1 dalam daging apabila menjaringkan dua gol pada minit ke 32 dan 53 sebelum Ghozali Siregar menambah satu lagi gol di masa kece deraan.

Pada masa separuh masa kedua, Melaka United cuba bangkit mencari jaringan penyamaan dan sempat mencur1 satu gol melalu Jang Suk Won pada minit ke 63 namun tuan rumah lebih banyak menguasai perlawnan.

FOTO: MUSA

 

Perlawnan turut disaksikan YB Presiden Persatuan BolaSepak Melaka United (MUSA), Tn Damian Yeo Shen Li. Selepas ini, skuad kendalian Zainal Abidin Hassan itu akan bertemu kelab Liga 2, PSKC Cimahi di Stadium Siliwangi, Bandung sebelum pulang ke tanah air.

Sesi latihan Melaka di Indonesia adalah bagi memastikan ment al dan fizikal mereka lebih bersedia sebelum musim baharu Liga Malaysia 2020 membuka tirainya.

FOTO: Melaka United

 

Zainal Abidin berkata, kini tugas pentingnya adalah menyatukan anak-anak buahnya bermain sebagai satu pasukan yang padu.

“Kami akan pulang dari Indonesia pada 9 Februari, kalau saya tidak berpuas hati dengan persembahan pemain di sana, kami akan mengatur satu lagi perlawnan persahabatan di Melaka untuk memperbaiki prestasi mereka,” jelasnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*