Pahang masih mampu berikan tentngan sengit – Matthew Davies

Kapten Pahang, Matthew Davies berpendapat pasukan itu tetap boleh memberikan tentngan sengit dalam Liga Super 2020 meskipun telah kehilangan ramai pemain dan tidak menunjukkan ‘urgency’ di pasaran perpindahan.

Tatkala pencabar seperti Kedah, Selangor, Ter, engganu malah Melaka United sekalipun dapat memancing pemain-pemain yang ada nama dan sudahpun melengkapkan skuad berbeza pula dengan Pahang yang sekadar menjadi ‘pemerhati’ sehingga wujud tanggapan mereka sebenarnya berdepan masalah ketiadaan bajet.

Mereka lebih berminat mengetengahkan pemain muda dan sekadar mendapatkan khidmat pemain sayap R.Gopinathan dan penjaga gol Sharbinee Allawee sebagai pemain baru, manakala S.Kumaahran dan Fazly Mazlan menyertai pasukan secara pinjaman dari Johor Darul Takzim.

Manakala dalam pemilihan import, skuad tok gajah dilihat sangat berhati-hati dan baru sahaja mendapatkan Ivan Carlos dan Adam Reed, dan masih ada dua slot kosong.

“Skuad ini tidak hilang kekuatan, masih ada Helmi (Eliza), (Herold) Goulon dan Muslim (Ahmad). Azam (Azih), saya dan (Mohamadou) Sumareh masih kekal. Memang kita lepaskan ramai pemain berkualiti tetapi bukan semuanya pemain utama. Pengganti yang masuk pun mengikut keperluan sahaja bukan main ambil nak cukupkan pasukan.

“Begitu juga import, tidak salah pengurusan bersikap lebih hati-hati. Saya percaya pemain seperti Ivan Carlos dan Adam Reed akan memberikan impak. Selain itu kita ada pemain muda yang berpotensi menyinar seperti R.Dinesh dan Faisal Halim, mereka perlu diberikan peluang.

“Saya tahu penyokong meletakkan harapan tinggi, tetapi mereka kena bersabar dan percaya kepada proses. Kita dalam pembentukan dan jika semuanya berjalan lancar, kita akan lihat hasilnya. Ada kira-kira 4 minggu lagi sebelum sepak mula musim baru dan saya yakin persiapan kita dalam landasan betul,” kata Davies.

Pahang akan membuka tirai musim baru Liga Malaysia dengan menentang Selangor di Stadium Darulmakmur pada 29 Februari.

Foto : FAM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*