Pegawai undang-undang ini berkongsi pandangan Isv keselamatan Stadium Shah Alam dari sudut perundangan

Selepas laporan mengenai MFL berkemungkinan tidak akan membenarkan pasukan Selangor menggunakan Stadium Shah Alam sebagai venue tuan rumah untuk saingan Liga Malaysia musim 2020 atas alasan keselamatan, telah membuatkan peminat bolasepak secara umumnya berkongsi pendapat mereka mengenai perkara itu dilaman sosial.

Kami tertarik dengan satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pegawai perundangan yang dikenali dengan nama Hazirah Kamal yang menjelaskan dari sudut undang-undang bahawa banyak pihak akan berdepan dengan masalah tuntutan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

Menurut beliau, 3 pihak utama yang bakalberdepan dengan tindakan undang-undang adalah pihak pengurusan stadium, Persatuan BolaSepak Selangor (FAS) dan juga Malaysia Football League (MFL) sendiri.

Hazirah Kamal juga turut menjelaskan bahawa penyokong-penyokong yang hadir ke stadium mempunyai hak disisi undang-undang jika berlaku sesuatu kejadian yang disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan stadium atau ‘occupiers’.

Di Malaysia, beliau juga menyatakan tiada akta yang spesifik namun ia akan bergantung kepada ‘common law priciple‘ yang dikenali sebagai ‘Occupiers Liability‘.

Sekiranya berlaku, semua pihak seperti pihak pengurusan stadium iaitu Darul Ehsan Sdn Bhd, Persatuan BolaSepak Selangor (FAS) dan juga Malaysia Football League (MFL) boleh disa man di mahkamah.

Siapa Occupier ini sebenarnya? Hazirah Kamal juga memberikan pene rangan mengenai siapa sebenarnya yang dinamakan sebagai Occupier iaitu mana-mana pihak yang mempunyai kawalan dan pemantauan terus keatas property, selain berkuasa untuk menentukan siapa dibenarkan keluar masuk.

Jadi, tak semestinya owner itu occupier.

Penyokong merupakan contractual entrants kerana mereka membayar untuk masuk ke dalam stadium. Kalau yang menceroboh pun, boleh saman, asalkan boleh buktikan it can happen to anyone. It’s tricky, but doable.

Mungkin ramai yang biasa melihat ada exclusion clause yang dicetak kecil dibahagian belakang tiket untuk mengelakan sebarang tanggungan, namun tidak semuanya sentiasa boleh digunapakai.

Mereka mempunyai tanggungjawab untuk memberikan amar an berkaitan keselamatan disesuatu tempat seperti contoh “A was, lantai licin di tingkat 3”.

Sekiranya anda sebagai pengguna de gil dan jatuh ditempat itu, maka pihak berkaitan sudah terlepas dari tanggungan, namun adakah mereka memberikan ama ran atau maklumat keselamatan seperti “mungkin ada serpihan bumbung akan jatuh” atau tidak?

Apa yang lebih menarik sebenarnya mengenai perkara ini selain isv keselamatan adalah persoalan mengapa kira-kira 2 minggu sebelum tarikh sepak mula perkara ini dikeluarkan oleh pihak MFL. Banyak komen dan pendapat dari warganet yang melihat MFL cuba untuk menyusahkan pasukan Selangor.

Kita juga tahu bahawa isv Stadium Shah Alam ini bukanlah satu perkara baru dan sudah lama dibangkitkan sebenarnya. Jangan bila sudah ada yang ditimpa ma lang baru pihak berkenaan mula untuk memanjat naik memperbetulkan apa yang sudah terlambat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*