Rumput padang Stadium Nasional Bukit Jalil akan diganti

Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dikhabarkan bakal menjalani naik taraf apabila rumput sedia ada akan ditukar dengan rumput jenis “zeon zoysia”.

Menurut laporan Stadium Astro, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang mempertimbangkan untuk menaik taraf padang sedia ada bagi mengelakkan isv permukaan padang berulang pada masa akan datang.

Kos yang diperlukan untuk menaik taraf padang difahamkan sebesar RM10 Juta termasuk dengan penggunaan mesin yang dikhaskan untuk kerja-kerja menjaga rumput ini.

Sumber Gambar: Malay Mail

 

“Cadangannya adalah kami akan menukarkan kualiti rumput padang SNBJ kepada zeon zoysia bagi menggantikan cow grass,” kata Ketua Eksekutif PSM, Nik Razeen Adam Daud.

Rumput jenis “zeon zoysia” merupakan rumput yang digunakan di stadium baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Stadium Sultan Ibrahim selain digunakan di Stadium Nasional Singapura dan beberapa stadium di Thailand.

Aksi Syafiq Ahmad dan Corbin Ong dalam perlawnan bertemu UAE.

 

Sebelum ini, permukaan padang SNBJ sering menjadi isv utama lebih-lebih lagi ketika perlawnan melibatkan pasukan kebangsaan dan juga perlawnan akhir saingan liga domestik.

Bekas pengendali skuad kebangsaan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bert van Marwijk juga pernah mengkr1tik permukaan padang Stadium Nasional.

 

 

Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*