Akhirnya teka-teki mengenai status Dickson Nwakaeme bersama Pahang terjawab

Pahang akhirnya menamatkan teka-teki apabila Dickson Nwakaeme atau ‘Orang Besi’ sah bersama skuad Tok Gajah bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Penye rang Nigeria itu menandatangani kontrak bersama skuad kendalian Dollah Salleh itu di sini hari ini, selepas beberapa minggu menjalani sesi ujian pemilihan bersama Pahang.

Justeru, pengurus pasukan, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, pemain berumur 34 tahun itu diharap membantu memperkasakan jentera sera ngan skuad Tok Gajah.

Katanya, sen tuhan berbisa Nwakaeme diyakini mengervnkan lawn selepas mempamerkan aksi dalam saingan Liga M musim lalu.

“Saya harap dia (Nwakaeme) lebih padu musim ini di bahagian sera ngan sambil dibantu rakan sepasukan termasuk empat import lain,” katanya.

Dengan pengesahan Nwakaeme dalam Pahang musim ini, skuad itu melengkapkan lima kuota pemain import.

Musim lalu, Nwakaeme membuktikan dia penye rang berb isa selepas mele dak 19 gol bersama Pahang, termasuk sembilan gol dalam saingan Piala Malaysia.

Sebelum ini, Nwaekaeme pernah berkata, Pahang adalah kampung keduanya kerana pernah mencipta kejayaan manis terutama menjulang Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih pada 2014.

Empat import yang menyarung jersi Tok Gajah musim ini ialah penye rang Brazil, Ivan Carlos, Harold Goulon (Perancis), Adam Reed (Filipina) dan Khalil Khamis (Lubnan).

Kehadiran Khalil bakal mengukuhkan kembali jentera pertahanan skuad itu selepas Matthew Davies meninggalkan Pahang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*