Jualan tiket Piala Sumbangsih 2020 melalui TicketHotline ‘sold out’ dalam masa 10 minit?

Vendor penjualan tiket secara atas talian untuk kejohanan Piala Sumbangsih 2020, TicketHotline baru sahaja mengumumkan tiket untuk perlawnan pasukan JDT bertemu Kedah mula dijual.

Namun, berdasarkan k0men-k0men yang ditinggalkan oleh para penyokong yang rata-rata penyokong pasukan JDT di laman sosial Instagram rasmi TicketHotline menyatakan mereka tidak berjaya mendapatkan tiket tersebut walaupun baru kira-kira 10-15 minit jualan dibuka sekitar jam 10 pagi.

Keadaan itu telah mencetuskan sedikit keragvan para penyokong mengenai berapa jumlah tiket yang dijual melalui TicketHotline kerana terlalu cepat habis atau pun sebenarnya had untuk jualan hari ini telah pun habis. Ramai yang keliru disebabkan tiada maklumat yang jelas dinyatakan.

Jualan tiket ini juga mempunyai beberapa syarat tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak TicketHotline seperti dibawah;

1. Kanak-kanak juga perlu membeli tiket dewasa

2. Tiket secara online adalah untuk pemegang IC JOHOR SAHAJA.

3. Untuk penyokong pasukan Kedah, sila berhubung dengan pihak persatuan untuk mendapatkan tiket anda.

4. Bagi penyokong JDT tetapi bukan pemegang IC Johor, anda boleh dapatkan tiket anda secara fizikal di kaunter Stadium Sultan Ibrahim, Nusajaya bermula Khamis, 27 Febuari 2020.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Jualan secara online tiket PERLAWANAN SUMBANGSIH, JOHOR DARUL TAKZIM VS KEDAH sudah dibuka untuk jualan. Beberapa perkara yang anda perlu tahu: 1. Kanak-kanak juga perlu membeli tiket dewasa 2. Tiket secara online adalah untuk pemegang IC JOHOR SAHAJA. 3. Untuk penyokong pasukan @official_kedahfa, sila berhubung dengan pihak persatuan untuk mendapatkan tiket anda. 4. Bagi penyokong JDT tetapi bukan pemegang IC JOHOR, anda boleh dapatkan tiket anda secara fizikal di kaunter STADIUM SULTAN IBRAHIM, NUSAJAYA bermula KHAMIS, 27 FEBRUARI 2020.

A post shared by Tickethotline International SB (@ticket.hotline) on

Disebabkan perkara seperti ini sentiasa berlaku apabila penjualan tiket secara online untuk perlawnan-perlawnan yang besar, sepatutnya butiran lanjut mengenai jualan tiket dihebahkan lebih awal sebelum tarikh dan waktu penjualan untuk memudahkan para penyokong mendapatkannya tanpa perlu melakukan perkara yang sia-sia.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*