Senarai gaji pemain bolasepak tertinggi di dunia

Melihat kepada kemewahan seseorang pemain bolasepak sudah pasti kita akan tertanya-tanya berapa pendapatan mereka hingga mampu semewah itu.

Salah satu media dari France, L’Equipe, telah mengeluarkan senarai tahunan baru melibatkan pemain bolasepak yang mendapat gaji tertinggi di dunia pada masa kini.

Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo berada di puncak senarai pemain, yang tidak akan menjadi kejutan besar bagi peminat bolasepak.

11 Ballon d’Or di antara mereka berdua, menjadi testimoni utama kepada kehebatan mereka.

Walau bagaimanapun, satu hal yang mungkin mengejutkan peminat bolasepak adalah dengan melihat pendapatan Lionel Messi  yang kini dilaporkan dua kali ganda melebihi pendapatan Cristiano Ronaldo.

Legenda Barcelona, Leo Messi yang kini dilaporkan mempertimbangkan masa depannya di Now Camp selepas secara terbuka menunjukkan ketidakpuasan hati beliau dengan “Sporting Director” mereka Eric Abidal itu memperoleh pendapatan kasar berjumlah €8.3 juta sebulan.

Beliau tak puas hati dengan Abidal yang bermain blame game, menvduh para pemain sebagai punca pemecatan Valverde.

Pendapatan bulanan Messi itu menunjukkan beliau mendahului Ronaldo dengan dua kali ganda jumlah pendapatan yang beliau miliki. Ronaldo memperoleh pendapatan kasar bernilai €4.5 juta sebulan.

Berikut adalah antara senarai pemain yang mendapat pendapatan paling tinggi di dunia secara kasar menurut L’Equipe. Senarai ini dibuat berdasarkan gaji mereka bersama pasukan yang mereka wakili.

8. Kylian Mbappe |  €1.9j sebulan

7. Eden Hazard |  €2.5j sebulan

6. Gareth Bale |  €2.5j sebulan

5. Luis Suarez |  Pendapatannya tidak melebihi €3j sebulan

4. Antoine Griezmann |  Pendapatannya tidak melebihi €3j sebulan

3. Neymar |  €3j sebulan

2. Cristiano Ronaldo |  €4.5j sebulan

1. Lionel Messi |  €8.3j sebulan

Seperti dapat anda lihat, Messi adalah pemain bolasepak yang mendapat gaji tertinggi di dunia sekarang dan jurang pendapatan beliau dengan pemain lain sangat jauh.

Neymar dan Mbappe kedua-duanya menduduki senarai lapan teratas dan L’Equipe juga mendedahkan senarai 10 pemain yang mendapat gaji  paling tinggi di Ligue 1.

Dan kesemua 10 senarai itu adalah pemain Paris Saint-Germain.

Sementara itu kalau kita lihat dalam senarai lapan pemain mendapat gaji tertinggi di dunia itu tiada seorang pon pemain dari Liga Perdana Inggeris.

Walaupun Liga Perdana dikira antara Liga terbaik dunia namun pendapatan tertinggi di sana hanya €1.76j saja sebulan.

Senarai pemain mendapat gaji tertinggi di Liga Perdana di ketuai oleh penjaga gol Manchester United, David de Gea dengan pendapatan bernilai €1.76j sebulan, diikuti oleh Mesut Ozil dari Arsenal (€1.64j sebulan).

Seterusnya diikuti oleh duo “Midfield” Manchester City Kevin De Bruyne  (€1.64j sebulan) dan Raheem Sterling (€1.4j sebulan) dan Paul Pogba (€1.36j sebulan).

Begitulah antara pendapatan tertinggi di dunia yang diperolehi oleh pemain-pemain bolasepak pada hari ini. Memang sangat tinggi bukan?

Jadi tidak hairanlah mengapa pemain bolasepak juga mampu memiliki kehidupan yang mewah. Dengan pendapatan sebegitu tinggi mereka sememangnya mampu untuk membeli apa saja mereka idamkan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : thesukan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*