Senarai pemain hebat tetapi gaji kecil

Jika sebelum ini kita dah lihat senarai pemain yang menerima gaji terlalu tinggi tetapi tidak memberi sumbangan kepada pasukan, kini kita akan senaraikan pula senarai pemain hebat dan berguna untuk pasukan Tetapi mendapat gaji yang agak rendah.

Berikut adalah 5 pemain yang agak underpaid di Eropah.

1. Sadio Mane – Liverpool

Mane adalah pemain yang telah menikmati dua musim yang cemerlang bersama pasukan Liverpool. Beliau antara nadi sera ngan utama untuk pasukan Liverpool bersama Firmino dan Mo Salah.

Hebatnya Sadio Mane ni sampai Lionel Messi sendiri mengundi beliau untuk menjadi pemain terbaik di dunia.  Beliau berada di ranking ketiga Ballon d’Or pada tahun 2019 dan menjadi pemain terbaik Afrika musim ini.

Sadio Mane hanya menerima £100,000 seminggu di Liverpool pada ketika ini. Sebab itu Real Madrid sangat yakin dapat memujuk Mane menyertai mereka dengan gaji lebih lumayan.

Namun buat masa ini, bekas pemain Southampton ini selesa di Anfield, walaupun gajinya lebih rendah daripada Adam Lallana dan Naby Keita.

Mungkin dalam kontrak baharu beliau akan mendapat lebih £200,000 seminggu? Siapa Tahu kan.

2. Trent Alexander Arnold – Liverpool

Pemain ini dianggap antara bek kanan terbaik di dunia ketika ini kerana kecerdasan dalam melakasanakan taktikal.

Beliau menjadi bek sisi yang sangat kreatif dengan menyumbang banyak assist untuk Liverpool.

Namun begitu, Trent Alexander Arnold hanya menerima £40,000 seminggu ketika ini.

Pastinya pada kontrak baharu beliau akan meningkat mendadak kerana pencapaiannya.

3. Lautaro Martinez  – Inter Milan

Antara penye rang paling on form musim ini. Beliau dikaitkan dengan banyak pasukan terutama sekali Barcelona.

Ketika ini Martinez menikmati gandingan yang cemerlang bersama dengan Romelu Lukaku di Inter Milan.

Penye rang kebangsaan Argentina ini hanya menerima £50,000 seminggu di dalam kontrak yang ada klausa pelepasan sekitar £100 juta itu.

Namun Inter Milan percaya pemain itu akan melanjutkan kontrak baharu di Inter Milan dengan bayaran lebih lumayan.

4. Jadon Sancho – Borussia Dortmund

Pemain kebangsaan England ini terus cemerlang bersama Borussia Dortmund musim ini.

Musim lalu Borussia Dortmund meletakkan tanda harga £90 juta untuk pemain remaja tersebut.

Dan musim ini angka itu dinaikkan kepada £100,000 juta.

Tanda harga yang tinggi tidak bermaksud pemain ini memiliki gaji yang tinggi. Beliau menerima hanya £38,000 seminggu di Signal Iduna Park.

Dikaitkan dengan perpindahan kembali semula ke EPL. Beliau menjadi perhatian Man United, Chelsea dan bekas kelabnya, Man City.

5. Leroy Sane – Manchester City

Beliau menjadi nadi penting Manchester City dalam mempertahankan kejuaraan liga dua  musim berturutt-turut.

Sane merupakan pemain sayap yang laju dan lincah. Beliau dikatakan sedang berusaha untuk pulang semula ke Jerman untuk menyertai Bayern Munich.

Pemain kebangsaan Jerman itu dikatakan hanya menerima £90,000 di Man City. Mungkin angka itu agak besar.

Cuma dibandingkan dengan rakannya yang lain menerima £300,000 seminggu – iaitu Raheem Sterling.

Dan pemain seperti John Stones serta Otamendi menerima gaji jauh lebih besar daripada beliau.

Semoga saja pihak pengurusan setiap pasukan mengambil berat isu ini dan meneliti semula gaji yang terlalu rendah untuk pemain berguna seperti ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : thesukan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*