Terengganu FC terpaksa lupakan khidmat Stuart Wark

Gara-gara kerana kece deraan lutut yang serius, pemain kacukan Scotland dan Malaysia, Stuart Wark terpaksa berehat panjang sekaligus terlepas aksi pertama Liga Super musim 2020 bersama Terengganu FC menentang Perak di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Sabtu ini. 

Menurut laporan daripada Stadium Astro, skuad kendalian Nafuzi Zain itu turut tidak dapat menggunakan khidmat pemain pertahanan tengah, Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris, yang masih dalam proses pemulihan daripada kece deraan yang menimpanya sejak Julai lalu.

Bagaimanapun Nafuzi sudah mempunyai calon pengganti yang lebih baik bagi memperkuatkan jentera pertahanan pasukannya.

“Buat masa ini, Nasrullah (Haniff Johan) calon terbaik untuk digandingkan dengan Babacar Diallo di bahagian benteng, selain Muhammad Mohd Fauzi.

“Shahrin juga akan terlepas aksi dengan Perak, namun saya jangka dia akan kembali bersama pasukan, minggu depan,” katanya.

Sumber Gambar: Terengganu FC

 

Pada saingan musim 2019, Stuart Wark beraksi dengan dua pasukan Liga Perdana iaitu Pulau Pinang dan seterusnya beliau menyertai PDRM FA pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia.

Bersama PDRM, Stuart membantu skuad The Cops layak ke saingan Liga Super musim hadapan apabila menamatkan saingan di tangga ke-3 dibelakang pasukan Sabah dan Johor Darul Ta’zim II.

Beliau adalah muka baharu yang keenam menyertai naib juara Piala Malaysia 2018 itu selain Dominique Da Sylva, Babacar Diallo, Nasir Basharudin, Faris Ramli dan Faiz Nasir.

Dalam perkembangan lain, Persatuan BolaSepak Negeri Terengganu (PBSNT) turut mengumumkan sebanyak 30,000 keping tiket dengan harga RM15 akan dijual pada hari perlawnan.

“Tiket akan dijual di dua lokasi iaitu Stadium Sultan Mizan dan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

“Kami harap para penyokong dapat membanjiri stadium dan seterusnya memberikan sokongan padu kepada TFC,” kata Timbalan Presiden PBSNT, Hishamuddin Abdul Karim.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*