Ada pemain lebih berminat membeli-belah, cari kasut baharu – Norio Tsukitate

KUALA LUMPUR – Pe­ngendali Timor Leste, Norio Tsukitate mempersoalkan sikap profesional pasukan bimbi­ngannya menjelang aksi kedua playoff kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menent4ng Malaysia esok ekoran kekalahan besar 1-7, Jumaat lalu.

Kata jurulatih kelahiran Jepun itu, selepas dibel4sah tuan rumah, fokus dan sema­ngat pemain kini bergantung kepada diri mereka sendiri.

“Mentaliti mereka juga ada yang sudah ke arah datang sini untuk membeli-belah dan mencari kasut baharu.

“Harmonikah pasukan? Amat tervk. Ada pemain yang masih boleh memahami bahawa kami tidak boleh pulang ke negara kami dengan keputusan sebegini.

“Mungkin kami kena 7-1, 10-1? Saya tidak tahu tetapi masih ada satu lagi perlawanan (esok) dan ada peluang yang perlu digunakan,” katanya dalam sidang ­akhbar di Stadium Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

Tsukitate berkata, keadaan bertambah sukar apabila ada pemainnya yang dem4m dan batvk, namun beliau tetap berharap mereka dapat kembali memberikan tumpuan kepada prestasi di padang.

“Saya tetap mahukan pasukan menyer4ng dan meraih gol walaupun amat sukar kerana jika ters1lap, lawan akan dapat bola dan kami kena berpatah balik untuk bertahan.

“Ini situasi yang normal dalam setiap perlawanan,” katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : UTUSAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*