De Ligt gelak bila Ronaldo ajak ke Juve

PORTO, Portugal: Pertahanan Belanda Matthijs de Ligt, yang dijangka akan meninggalkan Ajax Amsterdam dalam tempoh terdekat, berkata dia ditanya berkenaan perpindahan ke kelab juara Itali Juventus oleh Cristiano Ronaldo selepas tamat final Piala Negara-Negara semalam.

Portugal yang diperkuat Ronaldo menang 1-0 pada perlawanan menent4ng Belanda itu dan membuatkan De Ligt, 19, kec3wa.

Tetapi rakaman televisyen menunjukkan penyer4ng Juve, Ronaldo bercakap dengan bek tengah itu di akhir perlawanan dan De Ligt, yang dikaitkan dengan beberapa kelab ternama Eropah, mengakui pemenang lima kali Ballon d’Or itu ada bercakap tentang perpindahan ke Itali.

“Pada mulanya saya tidak berapa faham apa yang diperkatakannya. Saya sedikit terkejut, jadi saya ketawa. Tetapi saya tidak kata apa-apa,” kata De Ligt.

“Sejurus selepas perlawanan anda tidak akan memberi perhatian kepada perkara lain. Anda kec3wa kerana tewas dan hanya itu yang anda fikirkan.”

Persembahan mantap De Light untuk Ajax sebelum tersingkir di separuh akhir Liga Juara-Juara menjadikannya antara pemain paling diburu sepanjang tempoh perpindahan ini.

Tetapi De Ligt berkata dia belum membuat keputusan berkenaan masa depannya dan tidak tergesa-gesa untuk melakukannya.

“Saya tidak kisah. Jendela perpindahan baru bermula, jadi pertama sekali saya akan bercuti dan berehat. Saya akan tunggu dan lihat apa yang berlaku,” katanya.

 

Sumber: REUTERS via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*