Real dapat nafas baharu

MADRID – Sergio Ramos yakin kehadiran Eden Hazard ke Real Madrid mampu memberi nafas baharu kepada kelab itu.

Hazard melengkapkan perpindahan ke Santigo Bernebeu dengan nilai 140 juta euro (RM657.15 juta) dan pada masa sama Ramos percaya, bintang Belgium itu mampu membantu Real menc4bar kejuaraan La Liga musim hadapan.

Skuad kendalian Zinedine Zidane tewas tiga daripada empat aksi terakhir liga musim ini dan ketinggalan 19 mata di belakang juara, Barcelona.

Penyokong Real mengharapkan kehadiran Hazard mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Cristiano Ronaldo.

“Saya gembira dengan kehadiran Hazard dan saya lihat ini sebagai perpindahan yang hebat kerana dia adalah pemain terbaik dunia.

“Saya melihat ia sesuatu yang bagus untuk membina semula pasukan dengan kehadiran pemain baharu,” katanya.

Ramos sebelum ini membuat keputusan untuk terus bersama Real sehingga bersara sekali gus menamatkan spekvlasi yang menyatakan dia akan menyertai Liga Super China.

Pemain berusia 33 tahun itu kini sedang beraksi bersama Sepanyol bagi aksi kelayakan Euro 2020.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*