LIVERPOOL Jun – Juara Eropah, Liverpool mengikat pertahanan sedang meningkat, Sepp van den Berg dari kelab Belanda, PEC Zwolle.
Bek tengah Belanda berusia 17 tahun itu mengikat kontrak jangka panjang dan bersedia untuk bergandingan dengan rakan senegara yang juga dianggap idolanya, Virgil van Dijk.
“Liverpool antara kelab terbesar di dunia dan perjanjian ini ibarat mimpi menjadi nyata.
“Saya sudah melihat bagaimana mereka mengembangkan karier pemain muda, jadi saya tidak sabar untuk beraksi.
“Jurulatih (Jurgen Klopp) seorang yang hebat dan kunci di sebalik kejayaan kelab, antara sebab saya saya datang ke sini,” katanya kepada Liverpoolfc.com.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya
Sumber : AGENSI via UTUSANONLINE
Leave a Reply