KUALA LUMPUR – Felda United bukan sahaja berjaya menyelamatkan diri daripada tersungkur ke Liga Perdana musim depan, malah melakukannya dengan penuh bergaya apabila membenam Kedah 5-1 dalam aksi terakhir Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka malam ini.
Kuala Lumpur dan PKNP FC sebaliknya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kancah liga bola sepak utama Malaysia apabila masing-masing menutup kempen di tangga dua tercorot.
Berdepan musim sukar sejak awal liga, skuad The City Boys gagal meraih tiga mata yang amat diperlukan apabila tumpas 1-2 kepada Perak di Stadium Perak, Ipoh.
Di Stadium MBPJ pula, Petaling Jaya (PJ) City FC akan beraksi dalam Liga Super buat musim kedua tahun depan selepas menumpaskan PKNP FC 1-0.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya
Sumber : UTUSAN ONLINE
Leave a Reply