Liverpool atasi Porto di Anfield

LIVERPOOL: Liverpool menghampiri pertembungan separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Barcelona atau Manchester United selepas menewaskan Porto 2-0 dalam aksi suku akhir pertama di Anfield, awal pagi tadi.

Jauh daripada drama yang ‘menemani’ perjalanan Reds dalam saingan Liga Perdana Inggeris, jaringan Naby Keita dan Roberto Firmino selepas 26 minit perlawanan berlangsung menyaksikan tuan rumah mengawal penuh permainan.

“2-0 adalah keputusan yang bagus, saya akan mengambilnya sebelum perlawanan dan saya akan mengambilnya ketika ini,” kata pengendali Liverpool, Jurgen Klopp.

“Ia perlawanan yang baik, permainan yang terkawal. Kami 100 peratus layak menang dan menjaringkan dua gol menarik.”

Satu-satunya yang dikesalkan oleh wakil England itu adalah meraih kemenangan lebih besar bagi mengharungi aksi kedua di Portugal, minggu depan.

Pemain Liverpool, Naby Keita (8) jaringkan gol pertama pasukan. – Foto EPA
 

Pemain Liverpool, Naby Keita (dua dari kiri) diraikan oleh rakan pasukan selepas menjaringkan gol. – Foto EPA
 

Penyokong Liverpool di Stadium Anfield. – Foto AFP

Begitupun, empat keputusan tanpa bolos dalam lima perlawanan Liga Juara-Juara di gelanggang sendiri musim ini dan gol di tempat lawan di Estadio do Dragao pada 18 April nanti bermakna Porto memerlukan empat gol untuk mara.

“Kami perlu pergi ke sana, kami perlu berjuang. Porto akan melakukan segala-galanya untuk menyerang balas dan itulah yang sepatutnya berlaku di suku akhir Liga Juara-Juara,” kata Klopp.

Pada musim lalu, Liverpool membelas4h gergasi Portugal itu 5-0 pada aksi pertama peringkat 16 terbaik dan kali ini, mereka hanya memerlukan lima minit untuk membuka tirai jaringan menerusi Keita.

Jordan Henderson yang bermain di posisi tengah menyerang bergandingan dengan Trent Alexander-Arnold yang kemudian menghvkum kerapuhan benteng Porto apabila melakukan lorongan untuk Firmino menewaskan Iker Casillas.

 

Sumber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*