Ten Hag tak sabar bersemuka dengan Ronaldo

AMSTERDAM: Pengurus Ajax, Erik ten Hag berharap pasukannya berpeluang berdepan Cristiano Ronaldo dalam pertembungan suku akhir pertama Liga Juara-Juara melawan Juventus, awal pagi esok.

Penyerang prolifik Portugal itu kini berg3lut melawan kecedera4n pangkal paha namun Juventus sudah menyenaraikan namanya untuk pertembungan pertama di Amsterdam awal pagi nanti.

Ten Hag amat yakin kemampuan Ajax, mereka pernah menyingkirkan bekas kelab Ronaldo, Real Madrid dan kini berharap Ajax sekali lagi mampu menyekat kemaraan kelab yang diwakili pemain berusia 34 tahun itu dengan aksi lebih mantap.

“Saya rasa aksi lebih menarik jika Ronaldo dapat bermain,” kata Ten Hag.

“Kami mahu melawan pasukan dengan pemain terbaik mereka. Ia lebih mencabar kerana kami sukakan cabaran. Ia pasti menakjubkan jika dapat bersaing dengan pemain sehebat Ronaldo.

Ajax, bekas juara empat kali Eropah belum pernah mara ke peringkat akhir Liga Juara-Juara sejak 2003 dan kini Ten Hag berpeluang mengubah nasib skuad bimbingannya selepas turut cemerlang di liga Eredivisie.

“Memang sangat penting untuk Ajax kembali ke kedudukan teratas semula. Kedudukan kewangan juga banyak berubah sekarang ini,” katanya.

“Sangat sukar bagi pasukan dari negara kecil seperti Belanda bertarung di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara. Portugal berjaya melakukannya, sekarang Belanda juga mampu melakukan perkara yang sama.

“Bukan semua negara boleh mengukur tahap mereka dengan kelab besar, begitu juga dengan Liga Juara-Juara ini, saya rasa inilah kelebihannya. Pertandingan ini tidak akan menarik jika saban tahun mempertemukan pasukan sama dalam suku akhir.

“Saya rasa peminat bola sepak juga tidak gemar keadaan itu. Bola sepak mestilah mengenai kejutan. Sangat menarik jika kami berjaya melakukan kejutan tahun ini.”

 

Sumber: Agensi via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*