Alex nafi ‘makan gaji bvta’ bersama Lang Merah

BEKAS pemain kebangsaan, Azamuddin Akil menafikan tanggapan bahawa dia ‘makan gaji bvta’ sejak menyertai Kedah pada Disember tahun lalu.

Malah, Azamuddin atau lebih dikenali sebagai Alex juga menegaskan, dia menanggung sendiri kos pembed4han serta rawat4n berjumlah RM100,000 bagi memul1hkan kecedera4n tendon dialaminya.

“Sebenarnya, kalau boleh saya tidak mahu membesarkan isu ini, sebab itu pada awalnya saya hanya mendiamkan diri bila ia mula diperkatakan melalui media sosial.

“Tapi rasanya elok juga saya membuat penjelasan supaya mereka yang menvduh itu tahu perkara sebenar dan tidak terus menyebarkan sesuatu yang tidak betul.

“Ramai yang tidak tahu, berdasarkan perjanjian saya bersama KFA (Persatuan Bola Sepak Kedah), saya hanya akan mula dibayar gaji selepas pulih sepenuhnya daripada keceder4an dan boleh beraksi.

“Ini bermakna, sepanjang lima bulan saya bersama Kedah sejak Disember lalu, saya tidak ada gaji kerana masih dalam peringkat raw4tan dan pemul1han.

“KFA juga tidak menanggung sebarang kos pembed4han serta rawatan susulan di hospital, sebaliknya saya mengeluarkan duit simpanan saya sendiri. Setakat ini saya sudah membelanjakan RM100,000 untuk tujuan itu,” dedah Alex.

Begitupun, bekas pemain Pahang, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor itu sangat terhutang budi serta berterima kasih kepada KFA kerana memberi ‘talian hayat’ kepada kariernya.

“Apabila saya ced3ra ketika bersama Selangor musim lalu dan tidak disambung kontrak, tiada pasukan yang sudi mengambil saya kecuali Kedah. Kalaulah mereka (Kedah) pun tidak sanggup ambil saya, sudah tentu karier saya sudah berkubvr.

“Oleh itu, saya sangat berterima kasih kepada KFA kerana bukan sahaja menerima saya malah membantu proses pemulihan saya daripada kecedera4n,” katanya.

Menurut Alex, dia kini sudah 90 peratus pulih dan dijangka dapat turun berlatih bersama pasukan mulai minggu depan.

“Saya berasa tidak sabar untuk kembali bermain bagi membalas jasa Kedah. Saya berjanji akan memberikan yang terbaik untuk mereka,” ujar Alex.

 

Sumber: SukanSinar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*