[VIDEO] Lille Belas4h PSG 5-1 Untuk Tangguh Kejuaraan Ligue 1 Ke Paris

Paris St-Germain (PSG) terpaksa menangguhkan pesta menyambut kejuaraan Ligue 1 Perancis buat minggu kedua berturut-turut, apabila dibelas4h oleh Lille 5-1 pada Ahad.

Gol sendiri Thomas Meunir meletakkan Lille di hadapan, sebelum Juan Bernat menyamakan kedudukan buat PSG.  Pemain pertahanan dari Sepanyol itu kemudiannya menerima layangan kad merah kerana ‘kesalahan profesional’, selepas mengas4ri Nicolas Pepe selepas 36 minit perlawanan berlangsung.

LILLE, FRANCE – APRIL 14: Kylian Mbappe #7 of Paris Saint-Germain is disapointed after the goal of Nicolas Pepe #19 of Lille LOSC during the Ligue 1 match between Lille OSC and Paris Saint-Germain (PSG) at Stade Pierre Mauroy on April 14, 2019 in Lille, France. (Photo by Xavier Laine/Getty Images)

Pepe kemudiannya menyempurnakan peluang dalam situasi satu lawan satu dengan penjaga gol pada minit ke-51 untuk Lille kembali mendahului pada babak kedua perlawanan, diikuti oleh jaringan Jonathan Bamba yang merembat kencang dari bahagian near post untuk Lille mengawal perlawanan sepenuhnya.

Beraksi dengan 10 pemain, PSG jelas sekali tidak mempunyai pelan untuk kembali bangkit. Dua lagi jaringan melalui Gabriel dan Jose Fonte melengkapkan pesta gol Lille ke atas PSG.

Ini adalah pertama kali PSG dibolosi lima gol dalam perlawanan liga sejak 2 Disember 2000 ketika mereka tewas di Sedan.


LILLE, FRANCE – APRIL 14: Kylian Mbappe of Paris Saint-Germain in action with Jeremy Pied and Nicolas Pepe of Lille LOSC during the Ligue 1 match between Lille OSC and Paris Saint-Germain (PSG) at Stade Pierre Mauroy on April 14, 2019 in Lille, France. (Photo by Xavier Laine/Getty Images)

Ia adalah malam yang mahu dilupakan oleh setiap daripada mereka yang bersama PSG  – yang turut menyaksikan dua jaringan oleh Kylian Mbappe dibatalkan kerana offside.

Thomas Tuchel turut kehilangan dua pemain, Thiago Silva dan juga Meunier yang terpaksa diganti akibat kecederaan pada separuh masa pertama perlawanan.

Minggu lalu PSG sekadar mencatatkan keputusan seri 2-2 menentang Strasbourg – ketika mereka hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk mengesahkan kejuaraan.

Namun demikian mereka berpeluang untuk memastikan kejuaraan milik mereka untuk kali kelima dari enam musim, sekiranya menang ke ke atas Nantes pada Rabu akan datang.

VIDEO:

 

Sumber: SemuanyaBola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*