Liverpool kembali lintas Manchester City

DUA gol dalam tiga minit sudah cukup mengembalikan Liverpool ke puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Chelsea 2-0, sebentar tadi.

Aksi di Stadium Anfield itu menyaksikan skuad kendalian Jurgen Klopp berkenaan mendominasi perlawanan, namun deretan peluang diperolehi jentera depan The Reds gagal diterjemahkan dalam bentuk gol hingga menuju ke bilik persalinan babak pertama.

Bersambung babak kedua selepas mempersiakan peluang merobek gawang The Blues, Sadio Mane mengamatkan gelanggang keramat Reds apabila meledak gol pertama hasil tandukan cantik pada minit ke-51.

Belum sempat pelawat menyusunkan rentak memburu gol penyamaan, Mohamed Salah melebarkan jaringan tiga minit berselang hasil rembatan padu ke gawang pelawat.

Kemenangan 2-0 itu membolehkan Liverpool  memintas penyandang juara Manchester City yang mengalahkan Crystal Palace 3-1 sebelum itu.

Liverpool kini mengumpul 85 selepas mengharungi 34 perlawanan sementara Manchester City pula mengutip 83 mata selepas 33 perlawanan

 

Sumber: SukanSinar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*