Bekas pemain PNL2 akhirnya menarik nafas lega

KANGAR: Seramai 15 daripada 18 bekas pemain Perlis Northern Lion 2 (PNL2) yang sebelum ini menyara kehidupan sebagai nelayan dan pencuci kereta, akhirnya menarik nafas lega apabila mereka ditawarkan menyertai pasukan Perlis FC.

Selain mereka, bekas jurulatih Piala Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Manja Man turut dilantik sebagai ketua jurulatih Perlis FC dan akan mengendalikan skuad itu yang dijangka menyertai kancah liga tempatan tahun hadapan.

Tawaran pasukan yang dimiliki Harini Sdn Bhd itu nyata satu petanda positif bahawa karier bola sepak pemain berkenaan belum berkvbur.

Bekas Kapten PNL2, Ezzrul Ikmanizar Abd Rahman, berkata dia bersama rakan bersyukur apabila ditawarkan kontrak sekali gus menyelamatkan karier bola sepak mereka.

“Kami berharap selepas ini perjalanan karier dipermudah kerana sudah penat dipermainkan.

“Memang saya berharap dengan tertubuhnya Perlis FC ini, ia dapat mengembalikan semula pembangunan bola sepak negeri ini selepas kemelvt yang melanda PFA sejak tahun lalu seolah melumpvhkan sukan ini di Perlis,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Perlancaran Skuad Perlis FC di sini, malam tadi.

Ezzrul berkata, dia kini mahu fokus bersama pasukan baharu yang disertainya itu selain berharap isu gaji tidak akan timbul lagi selepas ini.

“Sudah dua musim kami terkena (tidak dibayar gaji) dan perkara itu nyata memberi kesan yang amat besar sehingga ada rakan pasukan berhenti daripada bermain bola sepak. Jadi selepas ini tumpuan dapat diberikan sepenuhnya kepada persediaan dan ujian pemilihan pemain bagi membentuk pasukan,” katanya.

Sementara itu, pengendali Perlis FC, Manja Man berkata, dia tidak berniat untuk membelakangi PFA dengan menerima tawaran mengendalikan Perlis FC.

“PFA masih wujud tetapi ia seolah terkubvr selepas kemelvt yang melanda, tetapi pembangunan bola sepak di peringkat negeri perlu diteruskan meskipun tangunggjawab itu diambil alih oleh pihak swasta.

“Malah Perlis FC telah diberi kepercayaan oleh Persatuan Bolasepak Melayu Perlis untuk mewakili negeri ini pada saingan Piala Emas Raja-Raja yang dijadualkan berlangsung pada September ini, ini satu permulaan yang baik bagi persiapan pasukan dan pemain Perlis FC,” katanya.

 

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*