Saya sendiri tak mampu buat – Guardiola

MANCHESTER: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata sebagai pemain, dia mungkin tidak berupaya melakukan seperti apa yang dibuat oleh anak buahnya iaitu menewaskan Tottenham sejurus penyingkiran mem1lukan di Liga Juara-Juara.

City mengucapkan selamat tinggal dalam kancah elit Eropah itu sekali pun meraih kemenangan ke atas Spurs, pertengahan minggu ini dan mereka menewaskan lawan yang sama dalam saingan Liga Perdana Inggeris, malam tadi.

Kemenangan 1-0, yang diperoleh menerusi jaringan tunggal pemain berusia 18 tahun, Phil Foden sudah cukup bagi memastikan City merampas kedudukan teratas liga mengatasi Liverpool dalam pembvruan kejuaraan.

“Dua hari lalu amat sukar buat kami,” kata Guardiola. “Kami boleh tewas pembvruan Liga Perdana hari ini, selepas hari yang sukar pada Khamis lalu.

“Sebagai pemain, saya mungkin tidak dapat melakukan apa yang pemain saya lakukan hari ini. Pembvruan gelaran masih dalam tangan kami.”

Guardiola berkata dia tidak memaksa pemainnya untuk mengadaptasi sesuatu perkara bagi menangani penyingkiran menyak1tkan di Liga Juara-Juara yang menyaksikan kemaraan City dinafikan Video Bantuan Pengadil (VAR).

“Saya memberitahu pemain-pemain saya jika mereka sudah melupakan apa yang berlaku, ia bagus tetapi jika ia tetap menyak1tkan, ia juga bagus,” kata bekas pengurus Barcelona dan Bayern Munich itu.

Perlawanan di Etihad malam tadi berlangsung cukup seng1t yang menyaksikan kedua-dua pasukan berpeluang menjaringkan gol.

“Kedua-dua pasukan memiliki pemain yang menakjubkan. Ia benar-benar perlawanan yang amat sukar terutama dari sudut m3ntal selepas penyingkiran pada Khamis lalu,” katanya. –

 

Sumber: Reuters via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*