Terjunan Salah, Warnock beri 9.9 markah

CARDIFF, United Kingdom: Pengendali Cardiff Neil Warnock merasakan terjunan Mohamed Salah sehebat penerjun British Tom Daley selepas pemain Mesir itu memenangi penalti dalam kemenangan 2-0 Liverpool di ibu kota Wales.

Salah bergelvt dengan kapten Cardiff Sean Morrison di dalam kotak penalti, tetapi cara dia menjatuhkan diri membuatkan Warnock membandingkan pemain terbaik Liga Perdana Inggeris tahun lalu itu dengan pemenang pingat gangsa acara terjun Olimpik, Daley.

“Kami membuka peluang untuknya bukan? Dia memang ditarik,” kata Warnock. “Tetapi di akhirnya adalah 9.9 mata Tom Daley (merujuk kepada pemarkahan terjunan). Saya tidak rasa dia mampu melakukan terjunan lebih baik daripada itu.”

James Milner menyempurnakan sepakan penalti sembilan minit sebelum tamat permainan untuk mengesahkan kemenangan Liverpool yang melonjak semula mereka ke puncak Liga Perdana.

Salah turut dikrit1k kerana terlalu mudah jatuh dalam usahanya mendapatkan penalti ketika menentang Newcastle dan Chelsea awal musim ini.

Bagaimanapun pengendali Liverpool Jurgen Klopp mempertahankan pemainnya itu.

“Saya rasa tidak ragu-ragu lagi. Jika pertahanan menggunakan tangan empat atau lima kali, ia adalah penalti,” kata Klopp.

VIDEO:

Kredit: StadiumAstro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

 

Sumber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*