Benzema No. 9 terbaik dunia – Zidane

MADRID: Pengendali Real Madrid Zinedine Zidane meletakkan Karim Benzema sebagai pemain nombor sembilan terbaik dalam dunia bola sepak selepas penyerang Perancis itu mel3dak hatrik dalam kemenangan 3-0 ke atas Athletic Bilbao di Bernabeu.

Hatrik berkenaan melebarkan jaringannya dalam La Liga musim ini kepada 21 gol, melonjak ke tangga kedua di belakang Lionel Messi, dan 30 gol keseluruhan dalam semua pertandingan.

Pemain 31 itu juga adalah penjaring lapan gol terakhir Real.

“Saya tahun Benzema pemain yang bagaimana, semua orang tahu. Jumlah jaringannya amat menakjubkan,” kata Zidane. 

“Apa yang dia lakukan, dan hakikat yang dia hanya kurang dua gol untuk jumlah jaringan terbaiknya, memberi gambaran sebenar. Semua orang boleh mempunyai pendapat tentang siapa pemain nombor sembilan terbaik dan bagi saya ia adalah Karim.

PEMAIN Real Madrid, Karim Benzema meraikan jaringannya dalam perlawanan menentang Athletic Bilbao pada aksi La Liga di Bernabeu. – Foto AFP

“Dia berkeyakinan, dia juga sedar anda mampu menjadi lebih baik, dan ia sangat hebat. Ia tidak mengejutkan saya apa yang dia lakukan.”

Zidane bagaimanapun hairan dengan sikap penyokong terhadap Gareth Bale selepas mereka meng3jek pemain Wales itu.

Bale digugurkan oleh Zidane daripada kesebelasan utama dalam dua perlawanan terakhir La Liga, dan hanya sekali memulakan perlawanan daripada empat perlawanan terakhir, dan kini belum menjaringkan gol dalam enam perlawanan setakat ini.

Dia dimasukkan ketika permainan berbaki 20 minit, dan beberapa sentuhan awalnya disusuli ej3kan oleh penyokong di Bernabeu.

Bagaimanapun Isco yang dimasukkan pada waktu yang sama, diberi tepukan oleh penyokong.

Bale mempunyai peluang menjaringkan gol tetapi percubaannya melepasi palang. Namun dia menebusnya dengan mengumpan bola untuk gol ketiga Benzema.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

 

Sumber: REUTERS via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*