Guardiola tabik semangat juang City

MANCHESTER: Pengendali Manchester City Pep Guardiola memuji pasukannya yang bangkit selepas tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara dengan dua kejayaan penting dalam pembvruan gelaran liga.

City tersingkir daripada saingan Eropah selepas tewas menerusi gol di tempat lawan Tottenham Hotspur dalam perlawanan penuh dramatik minggu lalu, tetapi berjaya menewaskan Spurs dalam saingan Liga Perdana Sabtu lalu sebelum kemenangan 2-0 menentang Manchester United awal pagi tadi, sekali gus meletakkan mereka di kedudukan teratas liga, satu mata di depan Liverpool dengan saingan berbaki tiga perlawanan.

Bernardo Silva membuka jaringan untuk City pada minit ke-54 sebelum pemain gantian Leroy Sane melebarkan jurang pada minit ke-66 aksi di Old Trafford itu.

“Ini adalah kejayaan mengagumkan buat pemain. Anda tak boleh bayangkan bagaimana sukar apabila terkeluar daripada saingan indah ini (Liga Juara-Juara) apabila kami sudah rasakannya, ia adalah sangat, sangat sukar,” kata Guardiola.

“Kami tewaskan Tottenham di laman sendiri, ia bukanlah persembahan terbaik tetapi ia memberi cahaya kepada kami untuk teruskan saingan di Liga Perdana… tekanan yang kami ada dan cara bagaimana kami bertindak balas. Kadang-kala ia adalah lebih penting.

“Kemudian kami datang ke sini, jiran kami, pasukan paling berprestij di England… menang dengan tekanan yang kami ada dan berada di sini, ia mengagumkan.”

Kemenangan dalam perlawanan bertemu United itu adalah yang ke-11 berturut-turut City dalam saingan Liga Perdana, satu lagi musim hebat dengan persembahan berkualiti dan konsisten yang menyusul selepas kejayaan tahun lalu.

“Saya menghormati mereka (pemain). Apa yang mereka lakukan musim ini adalah sesuatu yang besar. Ia mengagumkan daripada segi m3ntal dan juga kekuatan, apa yang mereka lakukan. Manchester City sangat, sangat kagum dengan pemain ini,” kata bekas pengurus Barcelona itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : REUTERS via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*