Lewandowski bawa Bayern ke final

BERLIN: Bayern Munich akan berdepan RB Leipzig di final Piala Jerman bulan depan selepas Robert Lewandowski meled4k dua gol dalam kemenangan 3-2 ke atas Werder Bremen.

Ia adalah final ke-23 gergasi Jerman itu selepas mengatasi Bremen yang bangkit meled4k dua gol untuk menyamakan kedudukan, sebelum penalti Lewandowski memberi kelebihan buat Bayern.

“Ia adalah perlawanan sukar yang kami tidak jangka,” kata permain terbaik perlawanan Thomas Mueller.

“Bola sepak menghiburkan dalam suasana seperti ini. Saya perlu katakan, saya turut meminati Bremen. Saya suka menonton mereka, dan penyokong mereka sangat hebat.”

Lewandowski membuka jaringan pada minit ke-36, dan Mueller menambah jaringan pada minit ke-63 untuk meletakkan Bayern selesa di depan.

Milot Rashica bagaimanapun kembali menghidupkan peluang buat Bremen apabila merapatkan jurang pada minit ke-74 dan membuat umpanan kepada Yuya Osako untuk gol penyamaan seminit kemudian.

Namun penalti yang dianggap “kelakar” oleh pemain Bremen, Max Kruse, mudah disempurnakan Lewandowski pada minit ke-80.

Bayern akan menentang RB Leipzig di Stadium Olimpik Berlin pada 25 Mei, di mana mereka berharap dapat menjulang trofi itu buat kali ke-19.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

 

Sumber : AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*