Gagal sempurna penalti selamatkan Bayern

BERLIN: Jurulatih Bayern Munich, Niko Kovac menggambarkan perebutan kejuaraan Bundesliga musim ini sebagai ‘g1la’ selepas skuad kendaliannya mensia-siakan peluang untuk menjarakkan jurang di puncak liga, semalam.

Begitupun, penyandang juara itu boleh mengucapkan terima kasih kepada pemain Nuremberg, Tim Leibold apabila kegagalannya untuk menyempurnakan sepakan penalti pada lewat permainan menyaksikan Bayern terselamat daripada dimalvkan untuk keputusan terikat 1-1.

Bayern turut berpeluang meraih kemenangan di saat-saat akhir tetapi Kingsley Coman melepaskan peluang terbaik sekali gus menyaksikan pemburvan kejuaraan musim ini dengan Borussia Dortmund terus terbuka berbaki tiga perlawanan.

“Apa yang berlaku pada lima minit terakhir perlawanan di sini adalah menakjubkan,” kata Kovac. “Bundesliga cukup gila, kita melihatnya semalam dan hari ini.”

Bayern berpeluang untuk menjarakkan kedudukan kepada empat mata di puncak liga selepas seteru utamanya, Dortmund  tumbang 4-2 kepada Schalke pada Sabtu.

Tetapi, satu lagi kejutan berlaku apabila pasukan bergelut dengan penyingkiran tetapi berdisiplin, Nuremberg berjaya mengekang asakan Bayern sekali gus membenarkan Dortmund untuk terus berpeluang mencabar kejuaraan.

“Kami tahu yang kami mempunyai peluang yang besar hari ini, jadi suasana di bilik persalinan tidak begitu baik selepas perlawanan, tetapi pembvruan masih berjalan,” kata pemain Bayern, David Alaba.

Selepas 31 peralwanan, Bayern kini memiliki kelebihan dua mata di depan Dortmund tetapi mereka dijadual mengharungi kunjungan sukar ke RB Leipzig dalam tempoh dua minggu sebelum menanti satu lagi kelab di kedudukan empat terbaik, Eintracht Frankfurt pada hari terakhir liga.

“Kami mendapat satu lagi mata tetapi situasi tidak berubah. Kami perlu mengambil tujuh mata daripada tiga perlawanan terakhir,” kata Kovac.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*