JDT main macam harimau

KUALA LUMPUR  – Pengurus Johor Darul Ta’zim (JDT), Luciano Figueroa berkata, kejayaan mengikat Pahang 1-1 di tempat lawan biarpun beraksi dengan 10 pemain sepanjang 45 minit membuktikan mereka adalah pasukan terbaik di negara ini.

Malah, bekas peny3rang Argentina itu juga menyifatkan pemainnya bermain ibarat harimau untuk mengekalkan kedudukan pendahu Liga Super.

“Mereka membuktikan hari ini, mereka adalah harimau, mereka adalah pahlawan

“Ini perlawanan yang amat sukar, menentang Pahang di tempat mereka tetapi pemain menunjukkan karakter untuk bersaing dalam kedudukan teratas liga.

“Mereka membuktikan mereka adalah yang terbaik di negara ini. saya sangat..sangat bangga dengan pemain kami,” kata Figueroa.

Dalam aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan, JDT mengejutkan tuan rumah dengan mel3dak gol pembukaan seawal minit kelima menerusi Gonzalo Cabrera.

Tok Gajah bagaimanapun tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi tandukan pemain pertahanan, Herold Goulon yang berpunca daripada sepakan percuma Saddil Ramdani pada minit ke-30.

JDT bagaimanapun terpaksa beraksi dengan 10 pemain sepanjang babak kedua selepas Mauricio Nascimento mengutip kad kuning kedua kerana melakukan kekasaran terhadap Dickson Nwakaeme di penghujung separuh masa pertama.

Layangan kad merah itu membuatkan perlawanan terhenti seketika kerana Nascimento tidak berpuas hati dan mempertikaikan keputusan pengadil, Mohd. Zohri Tajuddin.

Pahang bagaimanapun gagal memanfaatkan kelebihan seorang pemain yang dimiliki apabila buntu menambah g sehingga wisel tamat permainan.

JDT kekal menerajui liga dengan 27 mata daripada 11 perlawanan, dua mata mengatasi Pahang.

Keputusan seri juga menyaksikan kedua-dua pasukan mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini. 

VIDEO:

Sumber: JOHOR Southern Tigers

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : UtusanOnline

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*