Kesilapan De Gea beri pad4h buat Man Utd

MANCHESTER, United Kingdom: Satu lagi kesilapan daripada David de Gea memberikan anc4man besar buat Manchester United dalam memburu tempat ke Liga Juara-Juara ketika Chelsea meletakkan pasukan mereka ke kedudukan empat terbaik Liga Perdana dengan keputusan seri 1-1 di Old Trafford, sebentar tadi.

De Gea gagal menangkap kemas cubaan jarak jauh Antonio Rudiger yang membenarkan Marcos Alonso menyamakan kedudukan sejurus sebelum tamat babak pertama selepas jaringan pembukaan Juan Mata sebelum itu.

Satu mata menamatkan rentetan tujuh kekalahan dalam sembilan perlawanan buat United, tetapi tidak banyak membantu skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer untuk mengatasi Chelsea, yang kekal tiga mata di depan Red Devils dan memiliki kelebihan jaringan.

Kekalahan Arsenal di tangan Leicester sebelum itu bermakna skuad kendalian Maurizio Sarri naik dua mata di depan Gunners berbaki dua perlawanan dalam kempen kali ini. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

 

Sumber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*