Program kumpulkan peminat Red Devils

KUALA LUMPUR – United Red Army Fan Festival 2019 yang diadakan pada Sabtu lalu, mengumpulkan seramai 3,000 orang penyokong pasukan bola sepak gergasi England, Manchester United, di Asia Tenggara.

Program itu yang buat pertama kali dianjurkan menghimpunkan ahli-ahli daripada kelab penyokong rasmi The Red Devils dari Malaysia, Singapura, Thailand serta Indonesia.

Presiden Kelab Peminat Manchester United Malaysia (Red Army Malaysia), Datuk Rosthman Ibrahim berkata, program bermula seawal pukul 8 pagi di Kompleks Sukan Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil dan berakhir dengan majlis makan malam di Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan dekat sini.

Kata beliau lagi, program itu juga bermatlamat menjana dana bagi memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik membabitkan kerjasama Manchester United Foundation dari England.

“Program ini kita amat berpuas hati. Ia merupakan yang pertama untuk kelab kami. Sambutan serta maklum balas daripada mereka yang hadir, mereka berpuas hati. Kita jangka mahu menganjurkannya setiap tahun,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya program itu turut dihadiri oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, ahli kerabat Diraja Terengganu, Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud, bekas pemain Manchester United, Wes Brown serta bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : UTUSAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*