Pujian buat Irfan Bakti kerana ‘selamatkan’ masa depan Kipre Tchetche

Empat gol dalam tiga perlawanan menyelamatkan masa depan peny3rang digelar Drogba Terengganu, Kipre Tchetche, apabila Irfan Bakti Abu Salim dalam nada gembira mengesahkan pemain itu akan kekal mengemudi barisan depan sang penyu.

Masa depan pemain dari Ivory Coast itu bersama skuad naib juara Piala Malaysia 2018 itu menjadi persoalan hebat pada satu ketika.

Bukan sahaja mengalami kemarau jaringan panjang, tetapi dia juga dilucutkan pangkat selaku kapten pasukan, bagi mengurangkan tekanan.

Tetapi dia tetap berg3lut dan dilihat tidak lagi setajam musim lalu yang mana dia menjaringkan 21 gol dalam semua pertandingan dan 14 gol dalam saingan Liga Super.

Pujian perlu diberikan kepada Irfan Bakti kerana jika jurulatih lain, mungkin sudah merehatkan seorang peny3rang yang tidak menjaringkan gol dalam tujuh atau lapan perlawanan, sejarah menceritakan bahawa situasi seperti itu banyak kali berlaku dalam Liga Malaysia tetapi mujur pengendali kelahiran Perak itu tidak begitu.

Walaupun dia secara terbuka mengakui kec3wa dengan prestasi Kipre Tchetche, malah memberi bayangan mahu menyingkirkan pemain itu apabila pintu perpindahan dibuka, Irfan Bakti tetap menurunkannya dalam setiap perlawanan, sabar dan memberikannya peluang untuk membuktikan sentuhan sehinggalah dia mel3dak gol pertama musim 2019 ketika menentang Kelantan United dalam aksi pusingan ketiga Piala FA.

Gol pertama itu ibarat mengembalikan semula keyakinannya yang hilang, dia seolah tidak dapat lagi disekat, dia meledak dua lagi gol ketika menewaskan Felda United, dan kemudian satu gol ketika menewaskan PJ City.

Kejayaan Kipre Tchetche menemui sentuhan jaringan juga mengembalikan semula cabaran Terengganu FC untuk merebut kedudukan tiga teratas Liga Super, di landasan tepat. Dengan 15 mata, mereka menduduki tangga ketujuh namun hanya dipisahkan dua mata dengan pasukan tangga ketiga, Selangor.

Ini sekaligus memberikan satu indikasi betapa pentingnya peranan pemain berusia 31 tahun ini dan andai dia boleh mengekalkan sentuhan sama ini dalam baki saingan, maka dia bakal menjadi igauan buruk buat pertahanan lawan.

 

Foto : Terengganu Football Club

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*