Ejen nafi Bale tinggalkan Real Madrid

LONDON: Ejen Gareth Bale percaya pemain Wales itu ‘100 peratus’ masih komited bersama Real Madrid biarpun spekulasi mengaitkan perpindahannya makin hangat.

Bekas sayap Tottenham itu kini dikaitkan untuk kembali ke kancah Liga Perdana Inggeris selepas bergelvt semusim bersama kelab Sepanyol itu.

Pemain berusia 29 tahun itu menjadi tumpuan apabila timbul laporan yang mend4kwa hubungannya dengan rakan lain dingin tambahan pula Real berdepan siri kekalahan yang teruk musim ini.

Bale yang beraksi 90 minit mengalami kejutan terbaru apabila Real tewas 0-1 di tangan pasukan bawahan, Rayo Vallecano, pada Ahad dan bos Madrid, Zinedine Zidane kemudian mempersoalkan sama ada Bale benar-benar fokus pada aksi tersebut.

Namun ejen Bale, Jonathan Barnett bingkas mempertahankan masa depan anak buahnya dengan memberitahu BBC Sport Wales: “Gareth 100 peratus komited bersama Real Madrid.”

Barnett menegaskan betapa semua khabar angin mengenai perpindahan Bale hanya spekulasi.

“Tiada apa-apa perubahan.”

Tahun lalu, Bale pernah meluahkan hasratnya untuk berpindah selepas membantu Real muncul juara di final Liga Juara-Juara menewaskan Liverpool.

Kontrak Bale bersama Madrid masih sah hingga 2022, namun kepulangan Zidane mengemudi semula Real menguatkan khabar angin berkenaan susulan hubungan kurang mesra mereka berdua.

Biarpun membantu Real memenangi empat  gelaran Liga Juara-Juara dan satu trofi La Liga, Bale menjadi sasaran keceman kalangan penyokong Real susulan prestasi hambarnya akibat masalah keceder4annya musim ini.

Zidane baru-baru ini pernah mengeluarkan amaran kepada bintang Real yang tidak gembira dengan kelab itu boleh ‘angkat kaki dan mecuba nasib di tempat lain’.

Susulan itu, Manchester United dan Tottenham dikatakan bersaing rapat untuk mendapatkan tanda tangan Bale seandainya dia benar-benar mahu meninggalkan Bernabeu.

 

Sumber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*