“Saya mahu dia gantung jersi saya dibiliknya”- Andy Robertson

LIVERPOOL – Andy Robertson mendedahkan bahawa rakan sepasukannya dalam skuad Liverpool, Alex Oxlade-Chamberlain perlu menggantung bingkai yang mengandungi jersinya di kediaman pemain tengah itu selepas bek kiri tersebut mencatat 11 bantuan dalam saingan Liga Perdana Inggeris

Pertahanan Reds itu menjadi perancang kepada dua gol Liverpool sewaktu membel4sah Huddersfield 5-0, Sabtu lalu.

Usahanya itu mengatasi 10 bantuan yang dilakukan Robertson dan pemain itu menyempurnakan cabaran yang dibuat oleh Oxlade-Chamberlain.

Pemain tengah tersebut, yang kembali ke pangkuan Liverpool selepas diketepikan selama 367 hari, bersetuju untuk menggantung bingkai yang mengandungi jersi Robertson No. 26 beserta tandatangan bek kiri itu, bersebelahan dengan jersi Lionel Messi di kediamannya jika kapten Scotland tersebut melakukan bantuan berganda.

“Saya mahu bingkai jersi saya digantung dihujung kepala katilnya, jadi dia akan sentiasa ingatkan saya setiap kali hendak tidur.

“Pada permulaan musim, saya berasakan ia agak melucukan. Kata Oxlade: “Jika awak melakukan 10 bantuan dalam Liga Perdana, tandatangan jersi dan saya akan letakkan di dinding rumah”.

“Saya tidak rasa dia menjangkakan saya berjaya melakukannya dan dia mula panik, tetapi saya gembira dapat mencapai jumlah tersebut dan jersi Robertson No. 26 akan digantung di dinding pada musim depan!,” kata Robertson kepada laman web rasmi Liverpool. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber :AGENSI via UtusanOnline

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*