Real Madrid Tidak Mahu Tunduk Dengan ‘Demand’ Melampau Oleh Raiola Dan Pogba

Real Madrid serius dalam membvru Eden Hazard dan Paul Pogba. Terbaru, kapten Real Madrid, Sergio Ramos telah mengikuti Hazard di instagram. Ia menguatkan lagi spekulasi bahawa peny3rang Chelsea itu akan ke Real Madrid.

Seorang lagi pemain yang dikaitkan dengan Real Madrid ialah Paul Pogba. Juara Piala Dunia itu telah menjadi sasaran Zinedine Zidane dalam usaha menguatkan lagi bahagian tengah pasukan mereka.

Manchester United juga dilaporkan mungkin tidak akan menghalang Paul Pogba untuk pergi – terutama sekali jika pasukan itu terlepas aksi UCL.

Walaubagaimanapun, Solskjaer optimis Pogba akan terus menyarung jersi Red Devils pada musim hadapan.

LONDON, ENGLAND – FEBRUARY 18: Paul Pogba of Manchester United and Manchester United Caretaker manager Ole Gunnar Solskjaer at full time of the FA Cup Fifth Round match between Chelsea and Manchester United at Stamford Bridge on February 18, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by James Williamson – AMA/Getty Images)

 

Terbaru – laporan dari Sepanyol menyatakan Real Madrid tidak mahu terlalu terdesak untuk mendapatkan Pogba sehingga terpaksa membayar angka yang disifatkan terlalu besar daripada valuasi mereka.

Libertad Digital melaporkan; Real Madrid mungkin akan melupakan niat mereka untuk mendapatkan Pogba selepas ejen pemain itu memberikan bayangan harga Pogba adalah sekitar £130 juta.

Raiola kemudian meminta bayaran agensi masuk ke poket beliau sebanyak £17.3 juta. Manakala Pogba dilaporkan meminta gaji sekitar £14.7 juta setahun.

(Photo by Getty Images)

 

Raiola beberapa bulan lalu sudah menghantar isyarat bahawa Paul Pogba mahukan kenaikan gaji selepas Man. United membayar angka yang sangat tinggi kepada Alexis Sanchez.

Sebelum ini Raiola mendapat sekitar £25 juta dalam perjanjian Pogba dari Juventus ke Real Madrid.

Real Madrid pernah membayar Cristiano Ronaldo dengan gaji £26 juta semusim. Pemain tersebut sudah pun dilepaskan ke Juventus.

Jika difikirkan, Real Madrid mungkin akan membayar sekurang-kurangnya £182 juta secara keseluruhan – termasuk bayaran agensi dan juga gaji, bagi mendapatkan Pogba jika harga asas pemain itu adalah £150 juta.

Jika United meminta lebih tinggi lagi, bermakna semakin tinggi kos yang akan dibayar Real Madrid.

Buat masa ini, Real Madrid menjadikan Eden Hazard sebagai sasaran utama. Oleh itu, amat sukar untuk mereka terlalu banyak berbelanja pada Paul Pogba.

Selain itu Real Madrid turut mahu berbelanja untuk membeli beberapa lagi pemain lain bagi mencabar semula kejuaran La Liga.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : SemuanyaBola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*